Harian Metro

Israel lancar serangan besar-besaran

-

Bailtulmaq­dis: Israel melancarka­n serangan udara besar-besaran dalam wilayah Syria hari ini, yang didakwanya mensasarka­n ‘kedudukan Iran’ selepas satu pesawat F-16 rejim Zionis itu ditembak jatuh pertahanan udara Syria kelmarin.

Israel melancarka­n serangan udara dalam wilayah Syria kelmarin, selepas helikopter penggempur­nya menembak jatuh dron yang didakwa Zionis milik kum- pulan bersenjata sokongan Iran yang berperang di Syria di Beit Shean, dekat sempadan Jordan.

Beberapa pesawat Israel melancarka­n serangan dan Syria membalas dengan bedilan peluru berpandu dan berjaya menembak jatuh pesawat F-16 itu.

Lapan pesawat kemudian melancarka­n serangan dalam wilayah Syria, namun dihujani bedilan peluru berpandu Syria menyebabka­n satu pesawat F-16 Zionis terkena tembakan. Dua juruterban­g pesawat itu melenting keluar dan mendarat dalam kawasan Israel.

Menurut kenyataan tentera Israel hari ini, rejim itu melancarka­n serangan besar-besaran terhadap pertahanan udara Syria dan sasaran Iran.

“Sebanyak 12 sasaran, termasuk tiga pertahanan udara dan empat sasaran Iran diserang,” kata kenyataan itu.

Pertubuhan Pemerhati Hak Asasi Syria menyatakan beberapa pangkalan tentera di timur wilayah Homs menjadi sasaran Israel.

Menurutnya, pangkalan terbabit digunakan Iran dan Russia untuk membantu kerajaan Syria dalam perang di negara itu.

Ini adalah kali pertama Israel mengakui menyerang kedudukan yang didakwanya milik Iran di Syria sejak perang di negara itu bermula. - AFP

 ??  ?? SERPIHAN pesawat F-16 Israel yang terhempas di Harduf, Israel, selepas terkena bedilan peluru berpandu Syria ketika dalam perjalanan pulang selepas menyerang sasaran di negara itu. - Foto Agensi
SERPIHAN pesawat F-16 Israel yang terhempas di Harduf, Israel, selepas terkena bedilan peluru berpandu Syria ketika dalam perjalanan pulang selepas menyerang sasaran di negara itu. - Foto Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia