Harian Metro

BAM bakal rombak barisan skuad lelaki negara

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@nstp.com.my

Alor Setar: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria (gambar) memberi bayangan awal berlakunya perubahan dalam skuad lelaki negara menjelang saingan Piala Thomas 2018 di Bangkok Mei depan termasuk memberi peluang kepada tonggak muda.

Menurutnya, selepas berbincang dengan jurulatih dan pengurus pasukan (Datuk Ng Chin Chai) sebaik tamat perlawanan menentang China, mereka mengambil keputusan membenarka­n pemain muda beraksi di peringkat tertinggi.

“Walaupun kita dapat lihat hanya Goh V Shem-Tan Wee Kiong dapat memenangi perlawanan semalam (kelmarin), tapi banyak pelajaran kami dapat daripada pencapaian kita di sini,” katanya yang juga pengerusi Jawatankua­sa Kejurulati­han dan Latihan (C&T) BAM.

Skuad negara terkandas di separuh akhir apabila tumpas 3-1 kepada China pada Kejohanan Berpasukan Asia di Stadium Sultan Abdul Halim. Kenyataan diberikan Norza itu memberi petanda bahawa tiba masanya naib juara remaja dunia 2017, Leong Jun Hao perlu berada dalam skuad berkenaan terutama

menjelang aksi di Bangkok.

“Saya sebenarnya sangat berbangga dengan pencapaian skuad Piala Thomas kita kerana sebelum ini ada timbul sedikit keraguan dalam persediaan pasukan. Selepas tumpas mengejut kepada Thailand mereka menunjukka­n perwatakan sebenar dengan mengalahka­n pasukan nombor empat dunia, Taiwan dan menundukka­n Hong Kong di suku akhir. “Sudah pasti kita akan melihat kembali kepada perseorang­an dan beregu lelaki. Kita mengambil kira kedua-duanya, kekuatan dan kelemahan. Kekalahan kepada China yang meletakkan skuad kedua mereka memberikan kita satu pengajaran untuk memahami dengan lebih mendalam apa kekurangan yang perlu dipertingk­atkan,” katanya.

Ujarnya, tanpa meletakkan Datuk Lee Chong Wei sebagai perseorang­an pertama dalam aksi kelmarin, memberikan mereka satu pengajaran berguna.

“Kita ada tiga bulan untuk mempersiap­kan mental dan fizikal. Mesyuarat C&T yang akan berlangsun­g 13 Februari ini (Selasa) mungkin akan menyentuh sedikit perubahan bakal dilakukan supaya kita menjadi satu pasukan digeruni,” kata Norza.

Jika ada perubahan dalam skuad lelaki, kedudukan dijangka tidak selamat ialah dua pemain perseorang­an Soong Joo Ven, Iskandar Zulkarnain Zainuddin bersama pasangan beregu kedua negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi.

 ??  ?? JUN Hao
JUN Hao
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia