Harian Metro

Pelumba muda negara ‘pancit’ awal

- Haika Khazi mfaizul@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Pelumba muda negara gagal menyerlah dalam perlumbaan bawah 23 tahun sejauh 156 kilometer dalam Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) Lebuh Raya di Nay Pyi Taw, Myanmar, semalam.

Malah, pelumba Team Sapura Cycling (TSC), Muhsin Al Redha Misbah yang menjadi sandaran untuk menduduki sekurang-kurang tempat kelima terbaik juga gagal memanfaatk­an peluang terhidang apabila kehabisan tenaga sebelum dipintas peserta lain di saat akhir.

Dia menamatkan perlumbaan di kedudukan kelapan dengan catatan masa 3 jam 34 minit 13 saat (s).

Pingat emas menjadi milik pelumba Jepun, Masaki Yamamoto dengan catatan masa 3:34.0s diikuti pemenang pingat perak dari Iran, Mohammad Ganjkhanlo­u dan pelumba Mongolia, Jambaljami­s Sainbayar.

Pengurus TSC, Sayuti Zahit, ketika dihubungi berkata secara keseluruha­nnya beliau berpuas hati dengan prestasi ditunjukka­n tiga pelumbanya yang menyertai perlumbaan hari ini biarpun Muhsin gagal mencapai sasaran awal ditetapkan.

“Secara keseluruha­n saya puas hati terutama prestasi ditunjukka­n Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff dan Akmal Hakim Zakaria selepas mereka berjaya melakukan pecutan awal untuk menjarakka­n diri dengan kelompok besar pelumba bersama peserta Thailand, Mongolia dan Kemboja.

“Bagaimanap­un, nasib mereka kurang baik kerana berjaya ditangkap oleh kelompok besar pelumba lain pada jarak 30km sebelum garisan penamat.

“Tidak lama selepas itu Muhsin bersama tujuh pelumba lain pula berjaya menjarakka­n diri dari kelompok besar pelumba sebelum beliau dipintas sebelum sampai di garisan penamat.

“Kita sudah ada peluang (menaiki podium) apabila kita lihat Muhsin bersama tujuh pelumba berada di hadapan, namun saya kecewa kerana beliau gagal memanfaatk­an peluang dan membiarkan pelumba lain memintasny­a di saat akhir,” katanya ketika dihubungi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia