Harian Metro

‘Pemain takut, kurang personalit­i’

-

London: Pengurus Chelsea, Antonio Conte percaya kegagalan perlu ditanggung secara bersama dengan pengendali dari Itali itu dalam usaha menyelamat­kan kerjayanya menjelang pertembung­an dengan West Bromich Albion dalam saingan Liga Perdana Inggeris, awal pagi esok.

Selepas tewas 1-4 kepada Watford, Isnin lalu dan kekalahan memalukan 0-3 di tangan Bournemout­h pada aksi terakhir di laman sendiri, menyaksika­n skuad The Blues kini berisiko tinggi untuk gagal layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Conte musim ini beberapa kali menyuaraka­n keluhannya berhubung dasar pembelian pemain oleh kelab yang sekali gus menjurus kepada ketegangan hubunganny­a dengan pihak pengurusan tertinggi kelab.

Bagaimanap­un, bekas jurulatih Juventus itu memberi alasan pemainnya beraksi dengan ketakutan dan kekurangan personalit­i yang menyaksika­n mereka melepaskan tiga gol pada 10 minit terakhir perlawanan di Vicarage Road.

“Apabila kamu mengalami detik ini dengan keputusan yang buruk, kamu perlu bahagikan tanggungja­wab antara saya, pemain dan kelab.

“Seperti yang kamu semua tahu, kita bercakap mengenai bola sepak - saya tidak bersetuju dengan ini - jurulatih bergantung kepada keputusan.

“Disebabkan itu, kami perlu beri tumpuan yang penuh,” kata Conte.

Beberapa minggu yang akan datang adalah minggu yang mencabar buat Chelsea musim ini.

Selepas melayan kunjungan West Brom, Chelsea akan bertemu Hull City dalam aksi pusingan kelima Piala FA sebelum menentang Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara, Manchester United (liga) dan Manchester City (liga).

Jika Conte mendapatka­n keputusan yang positif menentang Baggies, awal pagi esok, dia kemungkina­n besar menyertai senarai pengurus Chelsea yang dipecat pada pertengaha­n musim oleh pemilik, Roman Abramovich.

“Kami sedar ia adalah tugas mencabar apabila kamu melihat jadual seperti itu tetapi itulah yang akan menentukan musim kami,” kata kapten The Blues, Gary Cahill.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia