Harian Metro

Mahu bersemuka

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my Malik Muhamad sukan@hmetro.com.my Irwan Shafrizan Ismail dan Samadi Ahmad sukan@hmetro.com.my

 Subahan mahu adakan rundingan bersama Azmin untuk selesai kemelut Stadium Shah Alam

Perbincang­an membabitka­n kemelut Stadium Shah Alam dilihat hanya dapat diselesaik­an menerusi pertemuan antara ‘orang nombor satu’ Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dan juga kerajaan negeri.

Justeru, Presiden FAS, Datuk Seri Subahan Kamal hanya bersedia mengadakan perbincang­an bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bukan sekadar bertemu wakilnya seperti yang dilakukan sebelum ini.

“Bagi saya, ia mudah. Menteri Besar jumpa presiden jadi senang untuk menyelesai­kan masalah. Kalau setakat mahu jumpa wakil, saya rasa tidak perlulah kerana wakil FAS adalah saya memandangk­an saya adalah presiden yang dipilih.

“Jadi, saya rasa untuk selesaikan masalah ini, kita jumpa di mana-mana pun boleh kerana saya tidak ada masalah cuma jika mahu berbincang, biar saya berjumpa dengan Menteri Besar.

“Kalau setakat EXCO, saya rasa itu bukan perkara sepatutnya. Biar orang nombor satu dalam negeri (Menteri Besar) dan orang nombor satu dalam FAS iaitu saya berbincang untuk mencari jalan penyelesai­an,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pra Pelancaran Lagu Rasmi Pasukan Selangor di Mutiara Damansara, semalam.

Menerusi kerjasama bersama FAS, pemuzik terkenal tanah air, Monoloque akan menghasilk­an sebuah lagu rasmi untuk kegunaan pasukan Selangor sepanjang kempen saingan Liga Malaysia (Liga M) termasuk Liga Super, Piala FA dan juga saingan Piala Malaysia. Bagaimanap­un, Subahan yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak menolak kemungkina­n

skuad Red Giants akan kekal beraksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur sekiranya gagal mendapatka­n Stadium Shah Alam sebagai venue rasmi pasukan.

“Nampaknya kami sudah serasi dengan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur apabila ia seakan memberi aura buat kami selepas kami memenangi dua perlawanan yang berlangsun­g di stadium itu sebelum ini.

“Jika dapat peluang beraksi di Stadium Shah Alam, itu sudah cukup bagus tetapi buat masa ini, kami selesa beraksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur. Malah saya yakin pasukan akan terus memberikan keputusan positif pada aksi di laman sendiri,” katanya.

Sebelum ini, Badan Bertindak Penyokong Selangor (BBPS) terus mendesak kerajaan negeri supaya memberi kebenaran kepada juara Piala Malaysia 33 kali itu menjadikan Stadium Shah Alam sebagai gelanggang rasmi.

Naib Presiden BBPS, Mohamad Haniff Rana Manzor menjelaska­n, penyokong Selangor kini menjadi mangsa pertikaian antara kerajaan negeri dan FAS yang bermula sejak musim lalu.

Untuk rekod, Selangor tidak dibenarkan beraksi di Stadium Shah Alam sejak musim lalu dan nasib sama menimpa pasukan terbabit musim ini hingga memaksa FAS ‘menumpang’ Stadium Bolasepak Kuala Lumpur untuk dijadikan sebagai gelanggang rasmi. Kuala Terengganu: Pengendali Selangor, P Maniam

mahu pemainnya melupakan episod kekalahan besar kepada Terengganu FC (TFC) kelmarin dan menumpukan perhatian kepada aksi seterusnya selepas ini.

Malah, jurulatih berpengala­man itu juga tidak mahu menghukum pemainnya berikutan kekalahan memalukan itu kerana aksi Liga Malaysia (Liga M) masih panjang.

“Kita masih ada dua minggu lagi untuk aksi seterusnya bertemu Pahang. Justeru sebelum aksi itu berlangsun­g, kita akan tingkatkan prestasi pemain dan pasukan selain saya percaya kita mampu bangkit kembali,” kata Maniam.

Dalam aksi kelmarin, Red Giants yang turun selaku pendahulu Liga Super selepas menundukka­n Kuala Lumpur 2-0 dan Melaka United 4-1, dikejutkan 1-4 oleh skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim.

Aksi kurang

(gambar)

bertenaga Sepang: Stadium Shah Alam akan kembali menjadi gelanggang pasukan Selangor sekiranya Barisan Nasional (BN) kembali merampas negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Datuk Seri Najib Razak.

Jaminan itu diberikan Perdana Menteri ketika berucap pada Majlis Pelancaran Hari Gerakan Belia 4B Malaysia dan Karnival Sukan Muhibah 2018 di Homestay Banghuris, Kampung Ulu Chucoh, semalam.

Menurutnya, keputusan itu dibuat kerana beliau amat memahami isi hati orang muda Selangor berhubung isu berkenaan.

“Stadium Shah Alam pun kita akan serahkan balik kepada pasukan Red Giants,” katanya.

Sebelum ini, skuad bola sepak Selangor tidak dapat beraksi di Stadium Shah Alam susulan masalah antara Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dan kerajaan negeri sejak penghujung 2016 sekali gus menyebabka­n pasukan itu perlu mencari gelanggang lain.

Pada perlawanan sebelum ini, pasukan Red Giants terpaksa beraksi di Stadium Bola Sepak Cheras, Kuala Lumpur sebagai gelanggang rasmi.

Perdana Menteri berkata, sekiranya BN memenangi PRU-14 di Selangor, beliau juga akan memastikan hak Majlis Belia Negeri Selangor (MBNS) terhadap kompleks belia di Seksyen 7, Shah Alam turut dikembalik­an.

Terdahulu, Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, kerajaan Selangor di bawah kepemimpin­an Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menganakti­rikan pelbagai pihak di negeri berkenaan.

Beliau berkata, isu Stadium Shah Alam dan kompleks belia itu antara contoh keadaan di mana warga Selangor dinafikan hak hingga terpaksa menjadi ‘pelarian’ di negeri sendiri.

“Kalau hari ini kita (BN) menang, esok Stadium Shah Alam diserahkan balik kepada Red Giants,” katanya.

 ??  ?? STADIUM Shah Alam.
STADIUM Shah Alam.
 ?? FOTO: AHMAD IRHAM MOHD NOOR ?? Najib (tengah) pada sambutan Hari Gerakan Belia 4B Malaysia, Karnival Sukan Muhibah 2018 di Banghuris Homestay Sungai Pelek.
FOTO: AHMAD IRHAM MOHD NOOR Najib (tengah) pada sambutan Hari Gerakan Belia 4B Malaysia, Karnival Sukan Muhibah 2018 di Banghuris Homestay Sungai Pelek.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia