Harian Metro

Tebus aksi buruk

- Devinder Singh devinder@nst.com.my

 Kamarul tutup mulut pengkritik dengan menafikan lapan cubaan JDT

Selepas diperlekeh­kan susulan beberapa kesilapan dalam aksi terdahulu, penjaga gol Kuala Lumpur, Kamarul Effandi Rahim akhirnya menutup mulut pengkritik dengan aksi cemerlang ketika bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT), semalam.

Kamarul menyelamat­kan lapan percubaan untuk menafikan kemenangan pasukan penuh bintang itu sekali gus membantu Kuala Lumpur meraih kemenangan pertama musim ini menerusi jaringan tunggal Paulo Josue di penghujung babak pertama.

Pemain berusia 30 tahun itu menebus aksi buruknya apabila dia membiarkan bola melantun melepasi kepalanya pada perlawanan bertemu Negeri Sembilan yang berakhir dengan kekalahan 0-2 kepada pasukannya sebelum ini.

“Kritikan menjadi sumber motivasi kepada saya kerana penjaga gol bertaraf dunia juga melakukan kesilapan,” kata Kamarul yang melakukan 14 penampilan bersama Kuala Lumpur sejak musim lalu.

“Jadi kritikan sebegitu tidak memberi masalah kepada saya.”

Malah, pengendali Kuala Lumpur, Fabio Maciel turut mengakui Kamarul layak untuk dipanggil mewakili skuad kebangsaan berdasarka­n persembaha­n mengagumka­n yang dilakar penjaga golnya itu.

“Masih banyak yang perlu dipelajari namun kami sentiasa bekerjasam­a untuk meraih kemenangan. Saya akui ini adalah kemenangan yang mengejutka­n tetapi apa saja boleh berlaku dalam bola sepak.

“Pasukan yang lebih tenang berhak untuk menang. Bagaimanap­un, perjalanan liga masih jauh. Mengenai skuad kebangsaan pula, itu bukanlah keputusan saya,” katanya.

Maciel nyata berbangga selepas Kamarul berjaya membuktika­n kemampuann­ya kepada pengkritik.

“Dia adalah antara penjaga gol terbaik dan dia layak untuk diberi peluang bersama skuad kebangsaan. Ramai menyatakan dia membuat kesilapan ketika bertemu Negeri Sembilan tetapi saya yang memberi arahan supaya dia berada sedikit ke atas untuk membantu pertahanan.

“Orang mengadilin­ya berdasarka­n satu kesilapan namun saya tidak pernah sangsi terhadapny­a.”

 ??  ?? KAMARUL (kiri) menyelamat­kan bola dari pemain JDT, Gonzalo
(tengaHh).ARIAN Gabriel Cabrera
KAMARUL (kiri) menyelamat­kan bola dari pemain JDT, Gonzalo (tengaHh).ARIAN Gabriel Cabrera

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia