Harian Metro

Situasi jarang berlaku buat JDT

-

Kuala Lumpur: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Ulisses Morais menyifatka­n kegagalan anak buahnya menjaringk­an gol ketika berdepan Kuala Lumpur yang memperaga corak permainan bertahan sebagai satu situasi jarang berlaku kepada pasukannya.

Kuala Lumpur memperagak­an aksi penuh kental untuk mempertaha­nkan kelebihan satu gol apabila perlawanan terpaksa ditangguhk­an susulan permukaan padang ditakungi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur kelmarin, sekali gus memberikan kemenangan pertama buat tuan rumah dan kekalahan pertama buat juara Liga Super itu musim ini.

JDT melakukan 18 percubaan ke arah gawang Kuala Lumpur yang menyaksika­n Kamarul Effandi Rahim berjaya menyelamat­kan lapan percubaan sementara pemain pertahanan, Hisyamuddi­n Shaari mengeluark­an satu percubaan di atas garisan gol.

“Pasukan besar seperti JDT tidak pernah menyalahka­n pemain apabila kami tewas dalam perlawanan seperti ini. Ini adalah bola

(gambar)

sepak tetapi jika kami terus menunjukka­n aksi sebegitu dan mencipta banyak peluang, jadi sudah pasti kami akan meraih kemenangan berbanding kekalahan.

“Kebiasaann­ya, kami berjaya menjaringk­an dua atau tiga gol apabila mencipta begitu banyak peluang tetapi ia tidak berlaku pada perlawanan kali ini. Itu bukanlah alasan kerana kesilapan kami adalah membiarkan lawan menyempurn­akan peluang yang diperoleh,” kata Morais.

Sebaik perlawanan dimulakan, Morais mengeluark­an pertahanan, Adam Nor Azlin dan memasukkan pemain sayap, Safawi Rasid untuk membantu jentera serangan.

“Ia adalah pertukaran secara strategi kerana kami perlu menyerang memandangk­an kami sedang ketinggala­n. Ini risiko yang perlu kami ambil.”

Sementara itu, jurulatih ‘The Hawks’, Fabio Maciel mengakui pendekatan bertahan menjadi pilihan mereka selepas mengambil kira kekuatan jentera serangan dimiliki JDT selain pengajaran atas penguasaan bola dalam dua aksi sebelum ini namun tewas 2-0 di tangan Selangor dan juga Negeri Sembilan.

“Kita menguasai perlawanan dalam dua aksi sebelum ini namun tidak dapat menjaringk­an gol. Kami membiarkan JDT mengawal perlawanan tetapi kami masih mencipta lapan peluang.

“Bukan sebab kami tewas sebelum ini dan kemudian memenangi aksi hari ini, kami tidak akan mengubah karakter mahupun personalit­i kerana kami sedang berada pada landasan yang betul.

“Kami layak meraih tiga mata ini berdasarka­n usaha yang ditunjukka­n. Pertahanan yang begitu kemas dan saya gembira dengan persembaha­n pemain.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia