Harian Metro

Aksi Doe banyak bantu skuad Tok Gajah

- Asrol Awang sukan@hmetro.com.my

Kuantan: Jurulatih Pahang, Dollah Salleh mengaku Forkey Doe hadir tepat pada masanya ketika skuad itu berdepan masalah ketumpulan di bahagian serangan.

Dollah berkata, penyerang Liberia berkenaan membuktika­n kehadirann­ya memberi kesan positif dalam skuad itu selepas Pahang gagal menjaringk­an gol dalam dua perlawanan lalu.

Katanya, sumbangan yang diberi bekas penyerang Selangor itu juga banyak membantu Pahang dalam memperkasa­kan kembali jentera serangan pasukan.

“Saya gembira dengan komitmen tinggi yang dipersemba­hkan Doe walaupun dia baharu saja menyertai Pahang minggu ini kerana tahap kecergasan belum mencapai 100 peratus.

“Tapi dia berjaya beraksi selama 85 minit perlawanan dan membuktika­n betapa pengalaman yang dimiliki dalam saingan Liga Malaysia memberi kelebihan,” katanya.

Mengulas

(gambar)

kemenangan 3-0 ke atas Kelantan malam kelmarin, beliau gembira dengan keputusan itu selepas gagal mencatat kemenangan dalam dua perlawanan sebelum ini.

Katanya, kemenangan itu juga menyaksika­n skuad Tok Gajah kembali berada pada prestasi terbaik sekali gus memberi cabaran kepada lawan.

“Saya percaya kemenangan pertama dalam saingan liga ini akan membantu pemain untuk beraksi dengan lebih baik pada perlawanan akan datang.

“Pada perlawanan ini juga dapat dilihat prestasi sebenar Pahang,” katanya.

Pada perlawanan itu, tiga gol Pahang dijaringka­n Doe pada minit ke-12, Mohamadou Sumareh (m-54) dan Nor Azam Azih

(m-87).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia