Harian Metro

Barbulio puji hatrik Da Silva

- Haika Khazi mfaizul@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Pengendali FELCRA FC, Tarcisio Pugliese Barbulio memuji aksi hebat pemain import, Anselmo Arruda da Silva yang menjaringk­an hatrik sepanjang lima minit terakhir bagi membantu The Rival menjinakka­n Sarawak 3-2 pada aksi Liga Perdana di Stadium Negeri Kuching, Sarawak, kelmarin.

Barbulio juga menyifatka­n tiga gol dihasilkan Da Silva atau lebih dikenali sebagai ‘Casagrande’ pada minit ke 87 dan dua gol di masa kecederaan itu bukan hanya sekadar membantu FELCRA FC meraih kemenangan berharga malah amat menakjubka­n.

“Bagaimanap­un,

ketika ketinggala­n 2-0, saya memberitah­u pemain supaya terus berusaha kerana kita tidak boleh gagal dan akhirnya mereka berjaya melakar sejarah baru Malaysia dengan jaringan hatrik pertama dalam masa 5 minit terakhir perlawanan,” kata Barbulio.

Kemenangan itu juga membolehka­n The Rival menduduki tangga keempat Liga Perdana di belakang Sabah, FELDA United dan UiTM FC selepas seri 1-1 dalam aksi menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Sabah di Stadium Shah Alam, pada 2 dan 6 Februari lalu.

Sarawak mendahului pelawat menerusi Bobby Gonzales pada minit ke-23 dan sepakan penalti Mateo Roskam pada minit ke-32.

Dalam pada itu, Barbulio juga mengingatk­an anak buahnya supaya terus mempamer aksi cemerlang dan penuh berdisipli­n bagi meraih kemenangan kedua apabila melayan kunjungan MISC-MIFA di Stadium Shah Alam, pada 23 Februari ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden FELCRA FC, Datuk Hazian Murad turut memuji aksi cemerlang anak buahnya pada perlawanan berkenaan.

“Saya sentiasa yakin dengan kemampuan pemain saya, dari awal perlawanan lagi saya percaya mereka mampu lakukan yang terbaik. Alhamdulil­lah mereka sudah membuktika­n bahawa FELCRA FC sememangny­a layak berada di Liga Perdana. Kami akan terus melangkah mara bagi mencapai misi kami musim ini,” katanya.

 ??  ?? PEMAIN Sarawak, Bobby Gonzales (tengah) cuba melarikan bola dari pemain pertahanan FELCRA di Stadium Negeri Kuching, kemarin.
PEMAIN Sarawak, Bobby Gonzales (tengah) cuba melarikan bola dari pemain pertahanan FELCRA di Stadium Negeri Kuching, kemarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia