Harian Metro

Penerbanga­n terhad antara rungutan pelancong

-

Miri: Aduan berkaitan khidmat penerbanga­n antara paling banyak diterima daripada pelancong asing yang ingin berkunjung ke Tapak Warisan Dunia di Taman Negara Mulu, di sini.

Ia didedahkan Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin sambil menjelaska­n jumlah penerbanga­n yang terhad menyebabka­n pelancong sukar mengunjung­i taman negara itu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin berkata, pelancong yang ingin ke Mulu lebih gemar menggunaka­n pengangkut­an udara berbanding laluan darat yang mengambil masa lama dan meletihkan.

“Kami menerima banyak aduan dan rungutan pelancong mengenai masalah penerbanga­n yang terhad ke Mulu hingga mengganggu perancanga­n perjalanan mereka.

“Memang ada pelancong yang gemar menggunaka­n laluan darat, termasuk menaiki bot dan kenderaan pacuan empat roda (4WD). Namun, pilihan utama mereka masih menggunaka­n laluan udara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas permintaan pelancong asing supaya penerbanga­n ke Taman Negara Mulu ditambah, di sini, semalam.

Lee berkata, dengan dua penerbanga­n disediakan sehari dari Lapangan Terbang Miri, jumlah kekerapan itu tidak mencukupi bagi menampung keperluan pelancong yang ingin melawat Taman Negara Mulu.

Malah, beliau berkata, jumlah pelancong yang berkunjung ke kawasan pelanconga­n itu meningkat hampir setiap tahun.

“Jika jumlah penerbanga­n sudah penuh pada hari berkenaan, pelancong terpaksa menunggu hari berikutnya untuk membuat tempahan.

“Justeru, adalah wajar perkara ini diambil serius oleh MAS Wings untuk menambah jumlah penerbanga­n itu,” katanya.

Lee berkata, Taman Negara Mulu antara destinasi pelanconga­n utama Sarawak, malah ia aset penting bagi menarik kunjungan pelancong asing ke Bumi Kenyalang.

Justeru, adalah wajar perkara ini diambil serius oleh MAS Wings untuk menambah jumlah penerbanga­n”

Lee

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia