Harian Metro

Kayu eksotik lumayan

 Tunggul terbenam di dasar sungai boleh cecah ribuan ringgit

- Khalid Latip news@nstp.com.my

FAKTA Harga tunggul kayu antara RM25 dan RM200 bergantung kepada rupa bentuk,

saiz, jenis

Benda yang mati jika dihidupkan semula boleh diibaratka­n seperti mengubah arang menjadi intan.

Itu perumpamaa­n paling sesuai untuk tunggul kayu eksotik yang dianggap tidak berharga, namun mampu memberi pulangan lumayan.

Sekali pandang, tunggul kayu itu mungkin kelihatan tidak menarik, tetapi ia mendapat permintaan tinggi, terutama dalam kalangan pengumpul barang hiasan unik.

Bagi pengusahan­ya, Saufi Julaihi, 56, tunggul pokok atau kayu mati kebiasaann­ya dianggap sebagai bahan tidak bernilai, namun tidak ramai mengetahui ia sebenarnya boleh memberi pendapatan lumayan jika dimanfaatk­an dengan sebaik mungkin.

Menurutnya, kebanyakan tunggul pokok yang menjadi pilihan adalah daripada jenis tahan lama, tidak mudah reput oleh air atau dimakan anai-anai.

“Ada yang mungkin berusia ratusan tahun. Namun, hanya mereka yang berpengala­man boleh mengenali jenis kayu berkenaan.

“Misalnya, pokok belian dan merbau yang berat, besar, berkulit tebal dan berwarna kelabu yang banyak terdampar di kawasan sungai dan air terjun,” katanya ketika ditemui.

Saufi berkata, cabaran utama melakukan pekerjaan itu adalah ketika mengenal pasti kayu yang sesuai kerana ada antaranya terletak jauh dalam hutan dan dasar sungai.

“Ada sebahagian­nya pula hanya boleh diperoleh di tepi pantai. Pekerjaan ini hanya boleh dilakukan secara berkumpula­n antara dua hingga tiga orang. Justeru, tidak hairan jika harganya boleh mencecah hingga ribuan ringgit, ” katanya.

Peniaga akuarium, Chin Tiong Seng, 27, berkata, beliau menjual tunggul kayu berkenaan dengan harga antara RM25 dan RM200 bergantung kepada rupa bentuk, saiz, jenis dan ketahanann­ya.

 ??  ?? SAUFI bersama tunggul kayu yang diusahakan­nya.
SAUFI bersama tunggul kayu yang diusahakan­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia