Harian Metro

Tiga rumah, sebuah gudang berjaya diselamatk­an

-

Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamat­kan tiga rumah dan sebuah gudang daripada hangus susulan kebakaran kilang papan berhampira­n Batu 7, Jalan Putatan, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian bermula kira-kira jam 6.45 petang itu, 64 pegawai dan anggota membabitka­n sembilan jentera bertungkus-lumus lebih sejam bagi mengawal kebakaran sebelum api berjaya dipadamkan sepenuhnya dan operasi ditamatkan lebih tujuh jam kemudian.

Kejadian itu memusnahka­n sebuah struktur bangunan kilang kayu milik Keong Lee Timber yang beroperasi sejak 20 tahun lalu dengan dengan beberapa mesin dan pelbagai jenis kayu yang disimpan di premis terbabit musnah sama sekali.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Nordin Pauzi turut hadir ke lokasi kebakaran dengan api menjulang tinggi dapat dilihat dari jalan utama.

Balai yang terbabit dalam operasi memadamkan kebakaran di kilang terbabit ialah Balai Bomba dan Penyelamat Penampang, Kota Kinabalu serta Lintas.

Jurucakap Pusat

Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.53 petang dan tiba di lokasi 11 minit kemudian.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 8.18 malam dan operasi tamat pada jam 2.25 pagi tadi (semalam).

“Punca kebakaran serta anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

 ??  ?? NORDIN
NORDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia