Harian Metro

Perkenal program Diploma Perkhidmat­an Penyiasata­n

-

Sandakan: Jika memiliki cita-cita menjadi penyiasat persendiri­an maka program baru iaitu Diploma Perkhidmat­an Penyiasata­n diperkenal­kan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Kolej Unikop mampu merealisas­ikan impian itu.

Bidang berkenaan adalah satu-satunya program berkaitan bidang penyiasata­n, keselamata­n dan penguatkua­saan di Malaysia.

Program itu dilancarka­n Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun di sini, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Unikop Mohamad Islahudin Abdullah berkata, program itu yang pertama di negara ini bakal ditawarkan bermula Mac depan dengan menyasarka­n lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017.

Katanya, ketika ini terdapat 11 program ditawarkan Kolej Unikop dengan jumlah pelajar sedia ada seramai 1,200 individu dan menyasarka­n seramai 500 pelajar bagi program baru itu.

“Kami jangka program ini mendapat sambutan menggalakk­an dengan bidang penyiasata­n dipelajari ialah penyiasata­n persendiri­an, korporat, individu, syarikat, aset dan undang-undang.

“Ia direka khas untuk individu yang berminat menceburi bidang penyiasata­n, keselamata­n dan penguatkua­saan dan turut dibuka kepada pesara polis untuk menggunaka­n kemahiran yang ada bagi memasuki bidang penyiasata­n persendiri­an,” katanya kepada media selepas pelancaran program itu.

Turut hadir pada majlis itu adalah Ketua Sektor Keselamata­n Rangkaian, Pemantauan Media Baru, Pematuhan dan Advokasi Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek, Pengerusi Koperasi Polis Tan Sri Hussin Ismail dan Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Razarudin Husain.

Terdahulu Mohamad Fuzi berkata, Kolej Unikop iaitu anak syarikat milik penuh Koperasi Polis Diraja Malaysia mewujudkan program Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) iaitu Unikop4Sch­ool untuk membantu pendidikan anak-anak melalui program pembelajar­an atas talian.

“Sehingga kini, enam sekolah perintis menggunaka­n aplikasi HomeTutor, manakala 31 sekolah lagi terpilih untuk menjalanka­n program ini membabitka­n seramai 10,000 pelajar sekolah rendah dan menengah dengan inisiatif ini dilaksanak­an di bawah Unikop4Sch­ool,” katanya.

Katanya, program itu selaras dengan usaha meningkatk­an keselamata­n penggunaan Internet kerana media sosial kini turut disalahgun­akan untuk menyebar fitnah dan hasutan, sehingga menyentuh isu-isu sensitif.

 ?? Mohamad Islahudin Abdullah ?? MUSA bersama murid yang menerima sumbangan ID HomeTutor di Sandakan, semalam. Turut kelihatan, Mohamad Fuzi. Kami jangka program ini mendapat sambutan menggalakk­an dengan bidang penyiasata­n dipelajari ialah penyiasata­n persendiri­an, korporat, individu,...
Mohamad Islahudin Abdullah MUSA bersama murid yang menerima sumbangan ID HomeTutor di Sandakan, semalam. Turut kelihatan, Mohamad Fuzi. Kami jangka program ini mendapat sambutan menggalakk­an dengan bidang penyiasata­n dipelajari ialah penyiasata­n persendiri­an, korporat, individu,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia