Harian Metro

Pemandu bas catar guna lesen palsu

-

Kota Kinabalu: Memandu bas catar menggunaka­n lesen palsu dan tiada dokumen diri yang sah.

Itu antara kesalahan dikesan dalam operasi bersepadu diketuai Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sabah di seluruh negeri berakhir lewat malam semalam, selain ramai didapati memandu tanpa lesen dan cukai jalan tamat tempoh.

Operasi serentak bermula jam 6 petang itu turut disertai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) serta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP).

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sabah Superinten­dan Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, sepanjang operasi itu, pihaknya memeriksa 1,113 kenderaan membabitka­n kenderaan awam dan persendiri­an.

Katanya, daripada jumlah itu, 448 saman dikeluarka­n kepada pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan.

“Bagi kesalahan narkotik, sebanyak 10 individu diperiksa dan hanya seorang lelaki berusia 20-an ditahan selepas didapati positif dadah, manakala tiga lagi individu ditahan selepas didapati berada dalam senarai dikehendak­i polis.

“Dalam operasi di Kota Belud, kita menahan seorang lelaki lingkungan 30-an kerana memandu bas catar menggunaka­n lesen palsu dan tiada dokumen diri yang sah,” katanya pada sidang media selepas operasi bersepadu di Taman Putrajaya, di sini, malam tadi.

Turut hadir, Pengarah LPKP Sabah, Arfian Julian dan Ketua JSJN Sabah, Superinten­dan Mohamed Fadzil A Rahman.

Mohd Zamzuri berkata, operasi itu dijalankan bagi memastikan pengusaha kenderaan awam sentiasa mengikuti peraturan yang ditetapkan.

“Operasi ini akan diteruskan dari semasa ke semasa untuk memastikan penumpang kenderaan awam selamat selain mendidik pengguna jalan raya supaya sentiasa mengikuti peraturan,” katanya.

Arus deras, selain memindahka­n mangsa pada waktu malam serta terkandas dek tanah runtuh antara cabaran dihadapi anggota penyelamat yang terbabit dalam penugasan banjir sejak Isnin lalu.

Malah, ada dalam kalangan pasukan penyelamat turut berdepan ancaman buaya dan ular berbisa.

Kesukaran misi menyelamat yang pasti menguji ketabahan setiap anggota penyelamat ini disifatkan sebagai antara misi penugasan banjir paling rumit di Sarawak.

 ??  ?? MOHD Zamzuri
MOHD Zamzuri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia