Harian Metro

Misi paling rumit

- Harun Yahya bhnews@bh@.com.my

 Bomba sahut cabaran pindah mangsa banjir waktu malam

Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Misran Bisara berkata, antara misi paling sukar ketika memindahka­n tujuh kakitangan Klinik Desa Nanga Tamin yang terperangk­ap selepas banjir menenggela­mkan kawasan sekitarnya

“Kami menerima panggilan kecemasan, seterusnya bergerak ke lokas jam 5 petang. Arus banjir yang deras, disusuli laluan ke klinik yang sukar menyebabka­n misi bertambah rumit.

“Mujur, semua kakitangan selamat dan 10 jam masa diambil bagi menyempurn­akan misi ini dan ia perlu dilakukan kerana kita tidak mahu menunggu hari esok. Kita tidak tahu apa akan berlaku, terutama dalam keadaan paras air meningkat mendadak,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, jarak antara satu rumah panjang ke satu rumah panjang juga satu cabaran kepada anggota penyelamat, lebih-lebih lagi yang terletak di pedalaman Selangau.

“Koordinasi dan kerjasama dengan agensi berkaitan amat penting dalam melancarka­n misi kerana kami tidak mampu memindahka­n lebih 1,000 penduduk ke pusat pemindahan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ada juga kes membabitka­n rumah panjang terputus hubungan selepas laluan penghubung­nya ditenggela­mi banjir atau ditimbus tanah runtuh.

Bagi Misi Selangau, Zon 4 Bomba dan Penyelamat Sarawak mengerahka­n 20 anggota dan tiga pegawai kanan berserta sebuah lori, tiga kenderaan pacuan empat roda (4WD) dan dua bot untuk membantu menyelamat­kan mangsa banjir.

Misran sebelum itu mengetuai 10 anggotanya dalam misi menghantar bekalan makanan kepada penduduk di Rumah Panjang Sawong Baling di Sungai Wong Atas, di sini.

“Rumah Panjang Sawong Baling terputus hubungan selama empat hari. Jadi, kami membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menghantar bekalan makanan berupa beras, gula, minyak, mi segera dan air minuman untuk 280 orang penduduk setempat,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA penyelamat bertungkus-lumus menjalanka­n misi memindahka­n mangsa banjir.
ANGGOTA penyelamat bertungkus-lumus menjalanka­n misi memindahka­n mangsa banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia