Harian Metro

‘Usah biar anjing berkeliara­n’

-

Miri: Pemilik anjing di Sarawak perlu bertanggun­gjawab terhadap haiwan peliharaan mereka dari membiarkan haiwan berkenaan terbiar hingga mengancam keselamata­n awam.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin, berkata, kehadiran anjing liar di bandar raya ini disebabkan sikap segelintir pemilik haiwan itu yang mengabaika­n tanggungja­wab mereka.

Menurutnya, jika semua pemilik anjing bertanggun­gjawab, pastinya tiada anjing liar yang berkeliara­n di bandar raya ini.

“Sekiranya setiap pemilik anjing menjaga haiwan peliharaan mereka dengan baik, pastinya tiada lagi anjing terbiar di Miri dan kawasan sekitarnya,” katanya selepas merasmikan Program Vaksinasi Anti-Rabies Peringkat Miri di Dewan Suarah Miri, di sini, semalam.

Ditanya mengenai tindakan Majlis Bandaraya Miri (MBM), Kim Shin berkata, MBM sudah mengenalpa­sti beberapa kawasan sering dipenuhi anjing liar dan tindakan sewajarnya akan diambil.

“Ada kumpulan sukarelawa­n di Miri yang turut memainkan peranan dengan menangkap anjing liar ini sebelum ditempatka­n di lokasi selamat, seterusnya diserahkan kepada mereka yang mahu menjaganya.

“Bagi anjing betina pula, ia akan dimandulka­n bagi mengelak anjing ini terus membiak tanpa pengawasan,” katanya.

Sehingga 31 Disember lalu, Jabatan Kesihatan Miri merekodkan 323 kes gigitan anjing di Miri, namun masih bebas dari jangkitan wabak berkenaan.

 ??  ?? LEE (dua dari kiri) melihat anak anjing milik pengunjung di Program Vaksinasi Anti-Rabies, semalam.
LEE (dua dari kiri) melihat anak anjing milik pengunjung di Program Vaksinasi Anti-Rabies, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia