Harian Metro

RM50,000 MILIK JAMPI

 Bolot trofi Juara Lagu bagi AJL 32, wang tunai RM50,000

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Lagu Jampi ciptaan sepenuhnya Ezra Kong dan Hael Husaini dendangan Hael Husaini membolot trofi berprestij, Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL 32), di sini malam tadi.

Acara yang berlangsun­g di Axiata Arena, Bukit Jalil itu dipancarka­n secara langsung di TV3.

Lagu itu membawa pulang RM50,000 berserta trofi dan baucar CJ WOW Shop RM10,000.

Tempat kedua menjadi milik lagu Sejati nyanyian Azmi Caliph Buskers sekali gus menerima hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi dan baucar CJ Wow Shop RM2,000.

Tempat ketiga dimenangi lagu Tergantung Sepi nyanyian Haqiem Rusli menerima wang tunai RM20,000 berserta trofi dan baucar CJ Wow Shop RM2,000.

Bagi kategori Vokal Terbaik dimenangi pasangan duet hebat Syamel dan Ernie Zakri, sekali gus menewaskan penyanyi Dayang Nurfaizah yang menang tiga tahun berturut-turut.

Syamel dan Erni yang menyanyika­n lagu Aku Cinta menerima RM12,000 berserta trofi dan baucar CJ Wow Shop RM2,000.

Selain itu, Altimet menerusi lagu Amboi diumumkan sebagai pemenang kategori Persembaha­n Terbaik yang memenangi RM12,000 berserta trofi, baucar CJ Wow Shop RM2,000 dan telefon pintar Samsung A8.

Penyanyi Khai Bahar tidak pulang tangan kosong apabila memenangi Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung yang membawa pulang trofi dan telefon pintar Samsung A8 plus (A8+).

AJL 32 bertemakan Fesyen dan Muzik mengambil kira transisi fesyen yang berubah dari 1986 hingga sekarang.

Tambah menarik, trofi AJL buat pertama kalinya mendapat sentuhan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini dengan menyelitka­n gabungan dua elemen itu pada piala berkenaan.

Malam kemuncak AJL 32 diacarakan Alif Satar dan Sherry Al Hadad.

Acara berprestij itu juga menyaksika­n persembaha­n hebat menerusi persembaha­n pembukaan yang cukup bertenaga daripada Stacy diiringi gitaris AG Coco dan Edrie Hashim serta Waris menerusi lagu Aku Stacy, Bosan dan Pakai Buang.

Sementara itu, persembaha­n interlude pula daripada Datuk Awie, Datuk Jefrydin, Datuk A Rahman Hassan dan Siti Sarah yang meriah dengan lagu pop yeh yeh.

 ??  ??
 ??  ?? KATEGORI Persembaha­n Terbaik dimenangi oleh Altimet.
KATEGORI Persembaha­n Terbaik dimenangi oleh Altimet.
 ??  ?? HAEL Husaini merangkul trofi Juara Lagu menerusi lagu Jampi.
HAEL Husaini merangkul trofi Juara Lagu menerusi lagu Jampi.
 ??  ?? SYAMEL dan Ernie Zakri dinobat Vokal Terbaik.
SYAMEL dan Ernie Zakri dinobat Vokal Terbaik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia