Harian Metro

HAMPIR DISEMBELIH KETUA PENGGANAS DI SEBALIK GELARAN ‘PUTERI DAULAT’

Insiden penceroboh­an pengganas di Lahad Datu kekal segar di ingatan

- Oleh Junaidi Ladjana junaidi_ladjana@hmetro.com.my

Lahad Datu

Dia bukan saja ditampar di kiri dan kanan mukanya sebanyak dua kali, malah hampir disembelih hidup-hidup apabila anak kepada ketua pengganas Kiram, Jeneral Musa Abdullah meletakkan sebilah parang dikenali sebagai barong (parang Sulu) ke lehernya.

Bukan itu saja, rumahnya rosak dan harta benda miliknya hilang akibat penceroboh­an pengganas Sulu di Kampung Tanduo yang melarat sehingga ke kawasan penempatan mereka di Kampung

Tanjung Batu.

Serangan pengganas yang juga pengikut

Jamalul Kiram III dari selatan Filipina itu juga menyebabka­n rumah bapanya yang juga Ketua

Kampung Tanjung

Batu, Mahmud Mallang antara yang terawal musnah akibat dibakar.

Itu situasi tidak akan dilupakan penduduk Kampung Tanjung Batu, Ajmain Mahmud, 39, sehingga menyebabka­n dia trauma selama setahun. Menceritak­an kembali peristiwa itu, Ajmain berkata, ketika tercetusny­a perang pada 1 Mac di Kampung Tanduo, isteri dan anak perempuann­ya berusia empat tahun bersama puluhan penduduk kampung berpindah ke Dewan Fajar

Harapan.

“Kalau saja barong itu ditarik, saya sudah arwah masa itu. Pada masa itu juga, saya hanya memikirkan isteri dan anak sulung, Ainazerah yang kini berusia sembilan tahun”

Ajmain Mahmud

“Saya dan empat ahli keluarga semuanya lelaki tinggal di rumah kerana bimbang rumah dimasuki pencuri...jika pengganas datang, dengan kudrat yang ada, kami sempat untuk melarikan diri.

“Pada pagi 6 Mac 2013, tiba-tiba muncul sekumpulan lelaki lengkap bersenjata di hadapan rumah. Saya tidak dapat berbuat apa-apa.

“Lalu seorang daripada kumpulan itu, saya percaya ketua mereka iaitu Jeneral Musa mengarahka­n saya datang ke arahnya. Disebabkan bimbang diapa-apakan, saya hanya menuruti kata-katanya. “Tetapi, tiba-tiba saja seorang daripada anggota kumpulan itu menampar saya dua kali. Selepas

itu, lelaki terbabit mengacukan barong ke leher saya untuk di sembelih hidup-hidup.

“Kalau saja barong itu ditarik, saya sudah arwah masa itu. Pada masa itu juga, saya hanya memikirkan isteri dan anak sulung, Ainazerah yang kini berusia sembilan tahun,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Dia yang kini bertugas sebagai anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) berkata, anak jeneral Musa itu mendakwa, kononnya dia yang membuat laporan kepada pihak berkuasa berkenaan kehadiran mereka di Kampung Tanduo.

“Mereka (pengganas Kiram) mendakwa saya yang melaporkan kehadiran pengganas di Kampung Tanduo.

Namun saya menafikan perkara itu sebelum anak Jeneral Musa mengalihka­n barong berkenaan.

“Selepas itu, saya bersama puluhan penduduk ditawan sebelum kami dibawa ke sebuah rumah yang terletak hampir 500 meter dari rumah saya.

“Saya bersama seorang rakan kemudian diarah membeli makanan kerana kononnya mereka beberapa hari tidak menjamah nasi. Salah seorang daripada kumpulan pengganas menghulurk­an RM400 untuk membeli beras,” katanya.

Ajmain berkata, dia bersama seorang lagi rakannya dikenali sebagai Rudy kemudian keluar dari kampung itu sebelum dia melarikan diri ke Dewan Fajar Harapan FELDA Sahabat (tempat perlindung­an penduduk), manakala Rudy lari ke pos Pasukan Gerakan Am (PGA) berhampira­n Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Labian.

“Selepas itu, pasukan keselamata­n membawa saya ke FELDA Sahabat 16 untuk diambil keterangan,” katanya.

Menyambung cerita, Ajmain berkata, walaupun insiden itu sudah lima tahun berlalu, ia tetap segar dalam ingatan sampai bila-bila.

“Detik leher hampir disembelih dan muka ditampar antara yang tidak akan dilupakan.

“Namun kini, Alhamdulil­lah... keadaan kampung kembali seperti sedia kala, malah tahap keselamata­n dipertingk­atkan dengan adanya pos kawalan oleh pasukan keselamata­n,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Datu. insiden penceroboh­an Lahad
Metro lima tahun lalu mengenai
KERATAN akhbar Harian
Datu. insiden penceroboh­an Lahad Metro lima tahun lalu mengenai KERATAN akhbar Harian
 ??  ?? PENDUDUK Kampung Tanjung Batu meneruskan kehidupan mereka.
PENDUDUK Kampung Tanjung Batu meneruskan kehidupan mereka.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia