Harian Metro

AZAB SAMPAI MATI

Amah dilayan macam haiwan meninggal di hospital

- Audrey Dermawan dan Shamsul Munir Safini am@hmetro.com.my

Dipaksa tidur bersama anjing di kaki lima rumah, sering dimarahi dan dipukul seperti haiwan selain tidak diberi makan. Itu penderitaa­n dialami seorang amah warga Indonesia hingga ke akhir hayat walaupun baru tiga bulan bekerja dengan majikannya di Taman Kota Permai, di sini.

Walaupun berjaya diselamatk­an pihak berkuasa hasil maklumat orang awam termasuk jiran di kawasan itu petang kelmarin, namun amah wanita yang dikenali sebagai Adelina, 21, dari Medan, Indonesia itu disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Bukit Mertajam (HBM), kira-kira jam 4.45 petang semalam.

Mangsa yang ditugaskan menjaga ibu majikan itu, ditemui dengan kesan lebam di kepala serta pelbagai kecederaan lain pada tangan dan kedua-dua kakinya.

Penduduk di situ berkata, mangsa dibiarkan tidur di lantai luar depan rumah dengan hanya beralaskan tikar buruk.

Katanya, melihat keadaan mangsa yang semakin tidak dipedulika­n dan terseksa, dia bertindak memaklumka­n perkara itu kepada Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim, yang kemudian menghantar tiga pembantuny­a meninjau keadaan mangsa di rumah itu.

Sim berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian pada kira-kira jam 4 petang semalam (kelmarin), mereka menemui mangsa sedang duduk di lantai di hadapan rumah dalam keadaan lemah, namun tidak menjawab ketika ditanya, sebaliknya hanya mampu mengangguk kepala.

Katanya, jiran di kawasan itu mendakwa sering terdengar jeritan majikannya memarahi mangsa.

“Kami cuba bercakap dengan seorang wanita berusia 60-an yang dipercayai ibu kepada majikannya yang berada di dalam rumah dan memberitah­u mahu membawa mangsa mendapatka­n rawatan di hospital.

“Wanita berkenaan sebaliknya memarahi kami dan menyuruh kami agar tidak mencampuri urusan keluargany­a dan memberi nombor telefon bimbit anaknya,” katanya di sini, semalam. Sim berkata, majikan yang juga anak wanita berkenaan kembali ke rumah itu kira-kira jam 6 petang, sebelum mengaku pernah menampar mangsa beberapa kali sebelum ini.

“Ketika ditanya mengenai kecederaan dialami mangsa, dia memberitah­u bahawa ia adalah kesan bahan kimia yang digunakan pembantu rumah itu untuk membersihk­an saluran paip rumah yang tersumbat.

“Namun dakwanya, ketika diberikan ubat untuk diletakkan pada luka berkenaan, mangsa tidak mengendahk­an kebersihan membuatkan luka itu bernanah,” katanya.

Sim berkata, hasil maklumat yang dikumpul termasuk daripada jiran, mendapati mangsa sering dimarahi majikannya hingga lewat malam dan kadang kala tidur di luar dengan memakai baju dalam dan seluar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata susulan aduan dan maklumat yang diterima, polis menahan dua suspek yang juga dua beradik berusia 36 dan 39 tahun sebelum direman selama dua hari bagi siasatan lanjut.

 ?? lapor Audrey Dermawan dan Shamsul Munir Safini ?? > Dipaksa tidur bersama anjing di kaki lima rumah dengan beralas tikar buruk, sering dimarahi dan dipukul seperti haiwan selain tidak diberi makan. Itu penderitaa­n seorang amah warga Indonesia yang diselamatk­an pihak berkuasa hasil maklumat jiran petang kelmarin. Bagaimanap­un wanita yang dikenali sebagai Adelina, 21, dari Medan itu disahkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital petang semalam,
lapor Audrey Dermawan dan Shamsul Munir Safini > Dipaksa tidur bersama anjing di kaki lima rumah dengan beralas tikar buruk, sering dimarahi dan dipukul seperti haiwan selain tidak diberi makan. Itu penderitaa­n seorang amah warga Indonesia yang diselamatk­an pihak berkuasa hasil maklumat jiran petang kelmarin. Bagaimanap­un wanita yang dikenali sebagai Adelina, 21, dari Medan itu disahkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital petang semalam,
 ??  ?? KEADAAN pembantu rumah yang dipaksa tidur di kaki
lima rumah di Taman Kota Perami, Bukit Mertajam.
KEADAAN pembantu rumah yang dipaksa tidur di kaki lima rumah di Taman Kota Perami, Bukit Mertajam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia