Harian Metro

LEBIH MUDAH HAFAL SURAH

AL-QURAN BRAILLE DIGITAL

- Helmy Abd Rahman news@nstp.com.my

“Selepas ini saya boleh hafal lebih banyak surah di mana-mana saja dan harapnya dapat menjadi hafiz al-Quran dalam tempoh yang pendek,” kata Adam Zakaria Mohd Fakruddin, 11, seorang daripada penerima al-Quran Braille digital sumbangan Pertubuhan Kebajikan Shafar di sini, semalam.

Murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Pendidikan Khas Kuala Terengganu, Chendering di sini itu berkata, sebelum ini dia sudah menghafal beberapa surah pendek dan surah al-Baqarah menggunaka­n al-Quran Braille biasa.

“Bagaimanap­un dengan al-Quran Braille digital ini, saya yakin mampu menghafal dengan lebih cepat dan tepat menerusi pendengara­n kerana ia dilengkapi rakaman bacaan.

“Hanya perlu acukan saja pen digital ke mana-mana ayat, ia akan diperdenga­rkan menerusi pen berkenaan,” kata anak sulung daripada lima beradik itu.

Menurut anak jati Kampung Tok Jiring itu, dia memang bercita-cita menghafal 30 juzuk al-Quran dan amat gembira apabila menerima al-Quran Braille digital berkenaan.

Bagi Nur Adriana Ab Murak, 12, yang turut belajar di sekolah sama, al-Quran Braille digital itu sudah lama diidamkan.

“Selama ini cuma dengar saja betapa mudahnya menghafal gunakan al-Quran Braille digital dan bila cuba sendiri ternyata ia memang benar.

“Paling istimewa, ia mudah dibawa ke mana-mana saja, sekali gus memberi lebih banyak peluang menghafal kerana lebih ringan berbanding al-Quran Braille biasa,” kata anak kedua dariada tiga beradik itu.

Pada majlis semalam, 150 al-Quran Braille digital diserahkan Pertubuhan Kebajikan Shafar kepada Persatuan Orang Cacat Penglihata­n Islam Malaysia (PERTIS) Terengganu.

Majlis disempurna­kan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Datuk Mohd Zubir Embong yang mewakili Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Hadir sama, Presiden Pertubuhan Kebajikan Shafar Fauziah Shaik Umar, Pengerusi PERTIS Terengganu Mohd Fauzi Mansor dan Pengurus Besar Hotel Permai Noralizan Abd Rahman.

Sementara itu, Mohd Fauzi berkata, al-Quran Braille digital berharga RM450 seunit itu diagihkan kepada beberapa sekolah pendidikan khas dan tahfiz selain pertubuhan yang berkaitan.

“Al-Quran Braille digital boleh diintegras­ikan dengan al-Quran Braile biasa yang mempunyai surah penuh. Apabila terdapat kekeliruan bacaan al-Quran Braille biasa, boleh rujuk al-Quran Braille digital menerusi pendengara­n dengan hanya halakan saja ke kod dan senarai surah yang ada,” katanya.

Dalam perkembang­an berasingan, Mohd Fauzi berkata, pihaknya bercadang menganjurk­an Majlis Tilawah Al-Quran Bagi Orang Cacat Penglihata­n Peringkat Kebangsaan hujung tahun ini.

“PERTIS Terengganu memang ada anjurkan Majlis Tilawah al-Quran OKU (Orang Kurang Upaya) penglihata­n tetapi di peringkat negeri saja tetapi kali ini kami harap dapat anjurkan untuk peringkat kebangsaan pula,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? NUR Adriana dan Adam Zakaria (kiri) yang cacat penglihata­n tekun menggunaka­n al-Quran Braille digital yang diterima.
NUR Adriana dan Adam Zakaria (kiri) yang cacat penglihata­n tekun menggunaka­n al-Quran Braille digital yang diterima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia