Harian Metro

Naik bot dapat kereta

-

Melaka: “Tak sangka berkat mahu bawa mak dan keluarga makan angin naik bot keliling Sungai Melaka membawa rezeki besar buat saya awal tahun ini,” kata pemenang cabutan bertuah Cruise & Win 2017.

Muhd Azam Muhd Said, 25, membawa pulang kereta Perodua Axia selepas diumumkan pemenang cabutan bertuah itu yang disampaika­n Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron di Melaka River Cruise, Taman Rempah di sini, semalam.

Anak bongsu daripada enam beradik itu berkata, dia tidak menyangka dengan bermodalka­n harga tiket tidak seberapa untuk menaiki Melaka River Cruise awal tahun lalu melayakkan­nya memenangi hadiah berkenaan.

“Ketika dapat panggilan daripada Melaka River Cruise akhir tahun lalu, memang saya ingatkan ia panggilan palsu, mungkin ada orang nak kenakan saya. Memang sukar nak percaya pada mulanya.

“Saya anggap ini rezeki tahun baru dan saya percaya niat baik kepada keluarga terutama ibu besar ganjaranny­a.

“Selepas ini bolehlah bawa dia jalan-jalan naik kereta baru pula. Nak beli sendiri belum mampu,” katanya yang bekerja di sebuah kilang di Ayer Keroh di sini.

Sementara itu, Idris menyifatka­n cabutan Cruise & Win anjuran Perbadanan Pembanguna­n Sungai dan Pantai Melaka adalah kempen terbaik bagi mempromosi­kan Melaka River Cruise sebagai destinasi pelanconga­n terunggul negara.

“Hadiah itu boleh dianggap sebagai penghargaa­n kerana memilih Melaka River Cruise sebagai produk yang harus dilawati ketika berkunjung ke negeri ini.

“Bagaimanap­un, saya masih mengharapk­an kemajuan sungai fasa kedua ini berada pada landasanny­a agar ia setanding produk dipamerkan,” katanya.

 ??  ?? IDRIS menyampaik­an hadiah cabutan bertuah replika kunci Perodua Axia kepada Muhd Azam, semalam.
IDRIS menyampaik­an hadiah cabutan bertuah replika kunci Perodua Axia kepada Muhd Azam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia