LAPORAN KES DERA PEMBANTU RUMAH
14 Ogos 2013
Seorang pembantu rumah warga Indonesia berusia 33 tahun mendakwa dipukul majikan menggunakan tangan, kaki dan objek seperti berus lantai dan penyapu di Subang Bestari, Shah Alam.
10 September 2014
Hanya dibenarkan menjamah lima sudu nasi dan satu sudu sayur setiap hari selain turut disimbah air panas. Itu derita dialami seorang pembantu rumah warga Indonesia selepas menjadi mangsa dera majikan di Bukit Damansara.
23 Disember 2014
Pembantu rumah warga Indonesia berusia 32 tahun diseksa oleh majikan di Pandan Indah, Ampang apabila giginya dicabut, dipaksa minum air kencing dan air panas serta kemaluannya disula dengan objek keras dipercayai kayu.
18 April 2015
Seorang pembantu rumah warga Indonesia berusia 22 tahun parah selepas didera majikannya menggunakan batang besi dan rotan di Simfoni Heights Kondominium, Jalan Medan Selayang 2, Selangor.
28 Februari 2017
Seorang pembantu rumah yang pada awalnya diklasifikasikan mati mengejut di Jelutong, Pulau Pinang mendapati wanita itu adalah mangsa dera dipercayai dilakukan majikannya.
1 Mei 2017
Tiga pembantu rumah warga Indonesia didera di Taman Saujana Bukit Katil, Melaka oleh majikannya sebelum ditahan polis.