Harian Metro

Tawaran pelik Iran

- Yusmizal Dolah Aling dan Muhammad Saufi Hassan news@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Penajaan dana pendidikan yang dikhususka­n untuk pengajian keagamaan menimbulka­n banyak persoalan terutama agenda perluasan pengaruh gerakan Syiah terhadap pelajar Malaysia.

Persoalan itu disuarakan Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Othman berhubung tindakan kerajaan Iran yang menawarkan tajaan dana pendidikan tetapi dikhususka­n kepada pelajar jurusan keagamaan saja.

“Perkara itu benar-benar pelik memandangk­an kenapa perlu menaja jurusan tertentu saja bahkan dikhususka­n kepada pelajar jurusan keagamaan.

“Saya melihat perkara ini mempunyai agenda tersembuny­i dan Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) perlu lebih berwaspada dengan penawaran dana pendidikan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian susulan pendedahan akhbar ini berhubung perangkap biasiswa gerakan Syiah terhadap pelajar tempatan, sekali gus menyemai doktrin Syiah kepada graduan.

Penawaran tajaan itu terbuka untuk pelajar tempatan yang mahu melanjutka­n pengajian mereka di Iran dan ditawarkan khas kepada jurusan keagamaan.

Abdul Rahman berkata, jika mereka (Iran) benar-benar ikhlas dalam penawaran tajaan, sudah pasti biasiswa yang diberikan terbuka untuk semua jurusan.

“Jika pelajar tempatan ini hanya didedahkan dengan pengenalan ajaran Syiah, tidak mengapalah sebab ia hanya pengenalan, tetapi saya bimbang mereka ini didedahkan terus dengan doktrin ajaran berkenaan.

“Hasil tarbiah mereka selama beberapa tahun untuk sesuatu pengajian keagamaan akan mengakibat­kan pelajar kita terpengaru­h dengan Syiah, sekali gus menjadi rekrut untuk menyebarka­n ideologi terbabit,” katanya.

Bukan saja penawaran dalam bentuk dana pendidikan, malah rekrut gerakan Syiah sudah wujud di pelbagai peringkat sama ada pendidikan dan pentadbira­n sesuatu agensi kerajaan termasuk pusat pendidikan awal kanak-kanak.

Gerakan ini turut membabitka­n golongan profesiona­l seperti pensyarah, pemegang jawatan tinggi dalam struktur penjawat awam dan golongan pendidik.

Perkara itu diakui Panel Deradikali­sasi Kementeria­n Dalam Negeri (KDN), Prof Madya Dr Mohd Mizan Mohd Aslam berhubung gerakan terancang aliran berkenaan termasuk menggunaka­n pusat pendidikan awal kanak-kanak dalam menyemai doktrin Syiah.

Menurutnya, gerakan berkenaan merangkumi pelbagai platform seperti

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia