Punggung ditikam samseng jalanan
tahun berlalu pertempuran antara pasukan keselamatan dengan pengganas yang juga pengikut Jamalul Kiram III dari selatan Filipina yang mengaku Sultan Sulu serta mahu menuntut Sabah, keadaan keselamatan di Tanjung Labian dan Kampung Tanjung Batu kini berada pada tahap yang baik.
“Penduduk kembali menjalankan aktiviti harian seperti biasa, malah ada dua pos kawalan pasukan keselamatan di Tanjung Labian dan Kampung Tanjung Batu yang sentiasa menjalankan rondaan dan pemantauan,” katanya.
Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana sentiasa prihatin berkenaan tahap keselamatan di Tanjung Labian serta membantu penduduk meneruskan hidup selepas banyak harta benda serta rumah mereka musnah diserang pengganas. Kuala Lumpur: Ditikam di punggung selain dibelasah teruk. Itu nasib dua beradik menjadi mangsa belasah samseng jalanan selepas mereka bertindak mengejar individu yang melanggar kereta dinaiki di Jalan Kuchai Maju di sini.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari Sabtu lalu, kereta dinaiki kedua-dua mangsa dilanggar sebuah kereta yang membuat pusingan U secara mendadak hingga menyebabkan kenderaan mereka dilanggar di bahagian belakang.
Sumber polis
berkata, mangsa kemudian bertindak mengejar kereta berkenaan yang melarikan diri sejurus kejadian.
Katanya, sebaik tiba di jambatan berhampiran lokasi itu, salah seorang mangsa keluar dari kenderaan selepas berjaya menahan kereta itu di bahu jalan.
“Mangsa yang melihat kesan calar di bahagian bampar belakang kereta bagaimanapun diserang tiga lelaki.
“Salah seorang daripada tiga lelaki terbabit bertindak menikam mangsa menggunakan pisau lipat di bahagian punggung kiri selain menumbuk dan menendangnya di seluruh badan,” katanya.
Menurutnya, suspek turut menumbuk mata adik mangsa hingga mengakibatkan cermin matanya pecah.
“Kedua-dua mangsa masuk ke dalam kereta bagi mengelak terus dibelasah tiga lelaki terbabit sebelum melarikan diri.
“Mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan Baru, Cheras, di sini, berhubung kejadian langgar dan belasah itu,” katanya.