Harian Metro

Pahala baca, dengar ayat al-Quran

-

Seringkali kita diperingat­kan supaya sentiasa mengamalka­n bacaan al-Quran setiap hari walau sesibuk mana sekalipun tugasan atau aktiviti yang dilakukan pada hari berkenaan.

Al-Quran mengandung­i contoh akhlak mulia. Malah, akhlak Rasulullah SAW adalah pancaran daripada nilai al-Quran.

Membaca al-Quran bererti seseorang itu mengingati Allah SWT. Seorang Muslim yang membaca al-Quran akan memperoleh pahala dan bacaannya itu bakal menjadi pelindung, penyelamat serta syafaat kepadanya pada hari akhirat kelak.

Abu Umamah al-Bahili meriwayatk­an, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bacalah al-Quran. Pada hari kiamat, ia akan memberi syafaat kepada orangorang yang membacanya.” (Sahih Muslim)

Bukan saja kepada golongan yang membacanya saja, malah mendengar bacaan al-Quran juga dikira sebagai melakukan amal kebaikan.

Bagi yang mendengar bacaan al-Quran, mereka akan mendapat pahala, diampuni dosa serta dilimpahi rahmat daripada Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan ia serta diamlah supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah al-A’raaf, ayat 204)

Rasulullah SAW sering meminta sahabatnya membaca al-Quran dan Baginda mendengar bacaan itu. Ibnu Mas’ud menceritak­an, Rasulullah SAW pernah memintanya membaca al-Quran. “Bacakan untuk saya wahai Ibnu Mas’ud.”

Ibnu Mas’ud menjawab, “Bagaimana mungkin saya membacanya untuk tuan sedangkan al-Quran diturunkan kepada tuan?”

Rasulullah SAW berkata: “Saya suka mendengar orang lain membaca al-Quran.”

Ibnu Mas’ud kemudian membaca Surah an-Nisaa’ dan ketika sampai pada ayat 41 yang bermaksud, “Maka bagaimanak­ah apabila Kami datangkan daripada tiap-tiap umat seorang saksi dan Kami datangkan engkau sebagai saksi terhadap umatmu ini?” Baginda berkata dengan air matanya berlinang: “Sudah, cukup.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikianla­h begitu besar ganjaran membaca dan mendengar al-Quran. Apatah lagi sekiranya al-Quran itu difahami dengan mendalam isi kandungann­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia