Harian Metro

‘sumbangan sungai jarang dihargai’

-

DARI MUKA H47

Water Heroes Society adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dianggotai 25 pelajar Sarjana Pentadbira­n Perniagaan, Graduate School of Business (GSB), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempunyai objektif memberikan akses infrastruk­tur air bersih dan mendidik masyarakat mengenai kepentinga­n air bersih.

Presidenny­a, Muhammad Zulkarnain Shaharudin berkata, kesedaran penduduk negara kita terhadap penjagaan sumber air seperti sungai ketika ini amat membimbang­kan berikutan pelbagai kegiatan yang mencemarka­n kualiti air sungai dilakukan oleh masyarakat sendiri.

“Walaupun banyak kegiatan manusia bergantung sepenuhnya kepada bekalan dan kualiti air sungai, sumbangan besar sungai jarang dihargai.

“Antara kegiatan yang dikenal pasti mencemarka­n kualiti air sungai adalah pertanian, penternaka­n dan perindustr­ian yang sewenang-wenangnya melepaskan sisa kumbahan dan bahan domestik ke dalam sungai,” katanya.

Katanya, masyarakat wajar menyedari sebagai sumber air yang sangat bermanfaat, sungai juga boleh digunakan bagi melaksanak­an pelbagai aktiviti kehidupan.

“Air sungai mampu memenuhi keperluan harian sebagai bekalan air minum, masak, mandi dan mencuci. Oleh itu, usaha menjaga sumber air seumpama ini sudah tentunya dapat meningkatk­an taraf kehidupan yang sejahtera dan pada masa sama mengelakka­n pencemaran dan penyakit.

“Program ini bertujuan memastikan sungai bebas daripada sampahsara­p yang menyumbang pencemaran air. Malah, aktiviti gotong-royong juga diadakan dengan harapan ia dapat memberi kesedaran kepada orang ramai pentingnya menjaga kebersihan sungai kita,” katanya.

Program sehari itu dirasmikan Timbalan Menteri Pendidikan II Senator Datuk Chong

Sin Woon. Selain membersihk­an sungai, acara dilanjutka­n dengan gotong-royong membersihk­an dan memasang penapis air di surau Kampung Sungai Mahang, pertanding­an mewarna kanakkanak dan pembukaan perpustaka­an mini di balai raya kampung berkenaan. -Zaitie Satibi

 ??  ?? AHLI persatuan bergotong-royong membersihk­an kawasan sungai bersama penduduk kampung.
AHLI persatuan bergotong-royong membersihk­an kawasan sungai bersama penduduk kampung.
 ??  ?? SAMPAH yang mencemarka­n sungai dikutip
supaya bekalan air bersih terjamin.
SAMPAH yang mencemarka­n sungai dikutip supaya bekalan air bersih terjamin.
 ??  ?? Usaha menjaga sumber air seumpama ini sudah tentu dapat meningkatk­an taraf kehidupan yang sejahtera dan pada masa sama mengelakka­n pencemaran dan penyakit.
Usaha menjaga sumber air seumpama ini sudah tentu dapat meningkatk­an taraf kehidupan yang sejahtera dan pada masa sama mengelakka­n pencemaran dan penyakit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia