Harian Metro

SUNTIK SEMANGAT KE SEKOLAH

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

55 kanak-kanak Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al-Barakah terima kelengkapa­n persekolah­an

Keceriaan jelas terpancar buat 55 kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al-Barakah, Gombak apabila menerima sumbangan kelengkapa­n persekolah­an daripada syarikat pengeluar produk pencuci jenama Top 5, SR Asia Resources Sdn Bhd (SR Asia Resources).

Pengarah Urusannya, Mohd Syukri Ibrahim berkata, objektif program itu adalah untuk membantu kanak-kanak kurang bernasib baik dalam membuat persediaan dan persiapan kembali ke sekolah.

Katanya, bantuan membabitka­n wang tunai dan beg sekolah dapat memberikan kegembiraa­n kepada kanak-kanak kurang berkemampu­an sempena sesi persekolah­an tahun ini.

“Bantuan ini sudah pasti dapat meringanka­n beban pengurusan pertubuhan. Ia juga bukti masih ramai anggota masyarakat yang prihatin dan peka untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

“Sumbangan ini secara tidak langsung dapat membantu pelajar yang kurang berkemampu­an memasuki sesi persekolah­an tahun ini dengan lebih ceria dan selesa,” katanya.

Kanak-kanak terbabit diraikan dalam majlis makan malam sempena Ulang Tahun Top 5 Detergent ke-3 bersama stokis yang mencatatka­n jualan tertinggi jenama itu dan kakitangan syarikat, baru-baru ini.

Katanya, melalui bantuan persekolah­an ini dapat menyuntik semangat baru setiap murid untuk meneruskan sesi persekolah­an mereka.

Dalam pada itu, bagi meringanka­n beban rumah kebajikan terbabit, syarikat turut memberi sumbangan wang tunai berjumlah RM2,000.

 ??  ?? MOHD Syukri (berdiri tengah) bersama anak yatim yang menerima bantuan persekolah­an.
MOHD Syukri (berdiri tengah) bersama anak yatim yang menerima bantuan persekolah­an.
 ??  ?? SUMBANGAN wang tunai turut diserahkan untuk meringanka­n beban Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al-Barakah.
SUMBANGAN wang tunai turut diserahkan untuk meringanka­n beban Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al-Barakah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia