Harian Metro

Penonton bersorak bagai di stadium

-

Panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur bergema dengan sorakan penonton menyaksika­n pementasan pembukaan Ola Bola The Musical, baru-baru ini.

Selepas mendapat sambutan luar biasa dengan kutipan tiket melebihi RM15 juta ketika ditayangka­n di pawagam dua tahun lalu, filem Ola Bola yang diangkat ke pentas berprestij itu sekali lagi berjaya mengheret jiwa penonton dalam babak suka duka setiap wataknya.

Tanpa disangka, babak menyaksika­n pemain bola sepak kebangsaan berdepan dilema antara keinginan berjuang untuk negara dan masalah peribadi yang hampir mematahkan semangat membuatkan ada penonton mengalirka­n air mata.

Lebih mengujakan, konsep persembaha­n yang dilakukan Enfiniti (M) Sdn Bhd milik Puan Seri Tiara Jacquelina patut diberi pujian apabila penonton yang hadir turut bersorak seolah-olah berada di stadium bagi menyaksika­n detik kegemilang­an aksi perlawanan bola sepak di antara Malaysia dengan Korea Selatan untuk layak ke Sukan Olimpik Moscow pada 1980.

Tiara yang juga penerbit dan pengarah berkata, skrip dirombak 10 kali semata-mata untuk mendapatka­n jalan cerita mantap bagi memastikan kepuasan setiap penonton.

Katanya, walaupun ramai muka baru dipertaruh­kan, dia berpuas hati dengan persembaha­n dan komitmen jitu mereka terhadap pementasan itu.

“Walaupun kebanyakan pelakon orang baru, mereka sanggup bekerja keras dan berlatih berbulan-bulan untuk memberikan yang terbaik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia