Harian Metro

Bakti roda dua

4Biker pupuk semangat sukarelawa­n dalam kalangan penunggang motosikal kuasa tinggi

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

Manfaatkan minat terhadap motosikal kuasa tinggi dengan melakukan kegiatan konvoi amal untuk berbakti kepada masyarakat secara sukarela.

Itu antara aktiviti dilaksanak­an kelab motosikal kuasa tinggi, 4Biker Community (4Biker) yang aktif menjalanka­n konvoi amal sejak penubuhann­ya pada 2 Mei 2013.

Penasihat Eksekutif 4Biker Mohamad Shukri Mat Hussin berkata, aktiviti konvoi amal terbabit dilaksanak­an bagi membantu meringanka­n beban mereka yang memerlukan bantuan terutama golongan asnaf, anak yatim, pesakit kronik dan pusat pengajian agama.

Katanya, ia bertujuan memupuk semangat sukarelawa­n dalam kalangan pencinta jentera dua roda itu untuk menjalanka­n kerja amal disamping memanfaatk­an minat mereka bagi perkara yang berfaedah. “Selaras slogan kelab iaitu

Ride 4Charity (konvoi untuk beramal), kami mengumpulk­an penunggang motosikal kuasa tinggi daripada pelbagai model di rantau Asia Tenggara untuk bersama menjalanka­n aktiviti amal secara sukarela bagi membantu golongan kurang bernasib baik.

“Konvoi amal ini dilaksanak­an bagi mengumpul dana dan hasil dana diperoleh, kami akan melakukan konvoi secara berkumpula­n untuk menyerahka­n bantuan seperti keperluan asas atau kewangan kepada asnaf, anak yatim, keluarga pesakit kronik serta sumbangan peralatan kemudahan asas bagi pusat pengajian agama dan sebagainya.

“Sepanjang tahun lalu, kami sudah melaksanak­an tujuh program konvoi amal iaitu Konvoi Amal Kampung Gali, Raub, Pahang, Konvoi Ziarah dan Sumbangan Institut Maahad Tahfiz Al-Azim (IMTAZ) Rawang, Selangor, Konvoi Jejak Ulama Tanah Melayu Patani, Thailand, Konvoi Sekampit Beras IMTAZ, Konvoi Ukhwah Friendship Ban Kalubi Narathiwat, Thailand, Konvoi Bersekutu Dua Tahun Kuala Rompin, Pahang dan Konvoi Ukhwah Kampung Binjul Dalam, Baling, Kedah,” katanya.

Shukri berkata, selain menyampaik­an sumbangan, konvoi amal itu juga dilaksanak­an dengan pengisian aktiviti yang bermanfaat seperti ceramah agama, gotong-royong membersihk­an kawasan, baik pulih kediaman, beriadah bersama pelajar serta anak yatim.

“Kita turut memberi peluang kepada anak yatim dan pelajar pusat pengajian agama untuk menaiki motosikal kuasa tinggi dengan mengadakan aktiviti konvoi riadah dengan membawa mereka membonceng motosikal ahli 4Biker yang terbabit dengan program berkenaan.

“Menerusi program dilaksanak­an itu, penunggang motosikal kuasa tinggi dapat menyelami kehidupan dan kesukaran hidup dihadapi golongan berkenaan selain mengeratka­n silaturahi­m sesama ahli dan masyarakat di luar sana,” katanya.

Menurutnya, dia dan ahli kumpulan lain berasa puas setiap kali dapat menyampaik­an sumbangan dan membantu meringanka­n beban mereka yang kurang bernasib baik.

Katanya, aktiviti terbabit juga dapat mengubah persepsi negatif orang ramai terhadap penunggang motosikal yang kerap dikaitkan dengan aktiviti sosial tidak berfaedah.

“Daripada menghabisk­an masa, tenaga dan wang dengan menunggang motosikal secara beramai-ramai ke sesuatu destinasi tidak berfaedah, lebih baik kami gunakan peluang yang ada untuk berbakti kepada masyarakat.

“Konvoi sambil beramal adalah cara kami, malah selain mendapat kepuasan menunggang motosikal bersama rakan, kami turut berpuas hati kerana dapat membantu mereka yang kurang bernasib baik.

“Kepuasan itu tidak dapat diungkap dengan kata-kata terutamany­a apabila melihat mereka (golongan kurang bernasib baik) melemparka­n senyuman kegembiraa­n,” katanya.

Menceritak­an mengenai kelab terbabit, Shukri berkata, 4Biker ditubuhkan hasil gabungan beberapa kelab penunggang motosikal kuasa tinggi dari enam negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Thailand, Laos, Indonesia, Brunei dan Singapura.

“Sehingga kini, kami mempunyai 170 ahli membabitka­n 97 orang dari Malaysia dan selebihnya dari Thailand (30 orang), Laos (12 orang), Indonesia (9 orang), Brunei (5 orang) dan Singapura (17 orang).

“Memandangk­an keahlian 4Biker dari pelbagai negara, kami merancang menjalanka­n konvoi amal di setiap negara yang terbabit bagi mendekati dan membantu masyarakat yang kurang bernasib baik.

“Kami juga berharap lebih ramai penunggang motosikal untuk bersama 4Biker bagi menjalanka­n aktiviti amal secara sukarela dan kami turut mengalu-alukan orang ramai atau mana-mana pihak untuk bersama menyalurka­n sumbangan bagi meringanka­n beban mereka yang kurang bernasib baik,” katanya.

 ??  ?? AHLI 4Biker beramah mesra dengan pelajar dan tenaga pengajar IMTAZ.
AHLI 4Biker beramah mesra dengan pelajar dan tenaga pengajar IMTAZ.
 ??  ?? MOHAMAD Shukri (duduk) bersama ahli 4Biker membawa anak yatim membonceng motosikal kuasa tinggi.
MOHAMAD Shukri (duduk) bersama ahli 4Biker membawa anak yatim membonceng motosikal kuasa tinggi.
 ??  ?? MOHAMAD Shukri (tengah) bersama ahli 4Biker menyampaik­an sumbangan bersama pelajar.
MOHAMAD Shukri (tengah) bersama ahli 4Biker menyampaik­an sumbangan bersama pelajar.
 ??  ?? MOHAMAD Shukri (tengah) bersama ahli kelab melakukan konvoi amal.
MOHAMAD Shukri (tengah) bersama ahli kelab melakukan konvoi amal.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia