Harian Metro

Remaja dituduh bunuh juruteknol­ogi pergigian

-

Port Dickson: Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan membunuh seorang juruteknol­ogi pergigian pada Januari lalu.

Tertuduh, Abdul Malik Rosli, 19, yang memakai baju lokap jingga mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Khairiah Abdul Razak.

Bagaimanap­un tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Mahussin Abdul Rahim, 28, di sebuah rumah di tingkat empat, Kuarters Klinik Kesihatan Lukut di sini, pada jam 1.40 pagi, 19 Januari lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dihukum mati jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya A Ashwini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mayat Mahussin ditemui oleh seorang rakannya selepas 72 jam dilaporkan menghilang­kan diri dan tidak datang bekerja pada 22 Januari.

Suspek melarikan diri menggunaka­n motosikal mangsa dan siasatan polis membawa kepada penahanann­ya di sebuah rumah di Johor Bahru pada 30 Januari lalu.

Hasil soal siasat polis suspek mendakwa mengenali mangsa melalui aplikasi WeChat dan dijanjikan pekerjaan menyebabka­n dia datang ke rumah mangsa menaiki bas namun mangsa didakwa tidak menepati janji lalu berlaku pertengkar­an sebelum suspek membunuh mangsa.

 ??  ?? ABDUL Malik dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson atas pertuduhan membunuh juruteknol­ogi pergigian, semalam.
ABDUL Malik dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson atas pertuduhan membunuh juruteknol­ogi pergigian, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia