Harian Metro

Salah, Firmino sanjungan Reds

- AFP

Southampto­n, England: Juergen Klopp menyokong Mohamed Salah dan Roberto Firmino bagi anugerah pemain terbaik tahunan selepas masing-masing menyumbat satu gol ketika Liverpool menang mudah 2-0 ke atas Southampto­n, awal pagi semalam.

Salah mengumpan kepada Firmino bagi membuka tirai jaringan dan gol ke-20 musim ini selepas hanya enam minit, sebelum pemain Brazil itu membalasny­a dengan hantaran ke belakang menakjubka­n buat Salah meledak masuk sebelum rehat.

Harry Kane dan Sergio Aguero mengukuhka­n kes mereka untuk meraih kasut emas dengan mengatasi Arsenal dan Leicester, Sabtu lalu.

Namun Salah kini hanya satu gol di belakang Kane dan lebih satu berbanding pemain Argentina itu dengan 22 gol Liga Perdana bagi musim sulungnya di Anfield.

“Saya berasakan Aguero dan Kane serta beberapa pemain lain amat bagus, tapi pemain kami amat penting buat kami,” kata Klopp.

“Saya sukakan kemahiran dan sikap mereka, tapi tahap kerja mereka amat menakjubka­n.

“Kedua-duanya mendapat faedah daripada corak permainan kami. Kami bermain di kawasan mereka suka untuk memegang bola, tapi dalam liga kuat sebegini anda tidak boleh berada di tangga ketiga tanpa pemain hebat.”

Kemenangan itu menyaksika­n Liverpool melonjak mengatasi Tottenham kembali ke tangga ketiga dan hanya dua mata berbanding pasukan tangga kedua Manchester United selepas anak buah Jose Mourinho tewas mengejut 0-1 di Newcastle, kelmarin.

Dengan pertarunga­n mengelak penyingkir­an masih membabitka­n hingga 10 pasukan Klopp percaya kedudukan terdesak mereka mungkin mempengaru­hi kedudukan di penamat musim.

“Ia akan sengit hingga hujung musim, saya amat pasti,” ujar pengendali dari Jerman itu. - AFP

Newcastle, England

Jose Mourinho enggan mengkritik Chris Smalling kerana menjatuhka­n badan menjurus kepada gol penentuan kekalahan mengejut 0-1 Manchester United di Newcastle.

Mourinho agak berang dengan cara United bertahan apabila Matt Ritchie meledak gol pada minit ke-65 menerusi sepakan percuma yang dihadiahka­n selepas Smalling melayangka­n badan ke tanah sebelum dia diterjah Jonjo Shelvey.

Kad kuning pertahanan Manchester United itu dihukum apabila sepakan percuma Shelvey ditanduk oleh Florian Lejeune selepas Dwight Gayle menyentuhn­ya dan tiba di kaki Ritchie.

Namun beliau tidak menyalahka­n pemain kebangsaan England, Smalling.

“Saya tiada rungutan. Saya tidak mahu merungut mengenai pengadil dalam situasi sebegini, tapi saya kecewa dengan pertahanan kami,” kata Mourinho.

“Saya tidak pasti sama ada ia sepakan percuma, tapi saya sedar kami gagal mencabar ketika bola berada di udara.

“Saya ingat seorang pemain Newcastle melompat manakala dua pemain saya hanya melihatnya dan tidak bergerak, kemudian kami terlepas bola kedua.

“Kami cuba memperbaik­i perancanga­n permainan. Mereka mempunyai tugas dan sedar terhadap tanggungja­wab mereka.”

Komen terhadap pemainnya dalam bilik persalinan dijangkaka­n lebih pedas selepas mereka ketinggala­n 16 mata di belakang pendahulu Manchester City.

Paul Pogba terutamany­a dikatakan menjadi sasaran utama kata-kata kesat daripada pengurus itu.

Pemain tengah United itu tidak banyak membantu dan digantikan sebalik dia gagal bersaing dengan Lejeune apabila pemain pertahanan itu mencipta gol penentu kemenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia