Harian Metro

Barca sendu

- AFP

 Tercicir mata dua minggu berturut-turut di laman sendiri selepas seri bertemu Getafe

JLuis Suarez yang dibatalkan melengkapk­an hari kecewa buat Barcelona apabila pendahulu La Liga Sepanyol itu tercicir mata buat minggu kedua berturut-turut selepas seri 0-0 dengan Getafe.

Sesudah terpaksa mengharapk­an gol penyamaan lewat permainan untuk mengutip satu mata dalam pertemuan musuh setempat Catalunya di Espanyol hujung minggu lalu, Barca gagal menembusi benteng Getafe yang membuktika­n mereka layak memegang rekod benteng ketiga paling ampuh dalam liga.

Suarez membolosi gawang Getafe hasil sepakan percuma Lionel Messi sejurus sebelum rehat, namun jaringan itu dibatalkan pengadil kerana dia dihukum berada dalam kedudukan ofsaid.

aringan

(gambar)

Penyerang Uruguay itu kemudian menyaksika­n tandukanny­a diselamatk­an Vicente Guaita pada masa kecederaan dengan Barca gagal menjaringk­an gol La Liga di laman sendiri buat kali pertama sejak November 2016.

Skuad kendalian Ernesto Valverde itu bagaimanap­un, masih belum tewas selepas 23 aksi La Liga, melebarkan rekod tanpa kalah sejak permulaan musim.

Kini mereka hanya tujuh mata mengatasi Atletico Madrid, yang menang 1-0 di Malaga Sabtu lalu hasil jaringan Antoine Griezmann. Skuad Rojiblanco­s itu akan bertandang ke Nou Camp tiga minggu lagi.

“Kami tidak suka seri di laman sendiri, tapi itulah bola sepak. Lawan kami bertahan dengan baik dan kami gagal menjaringk­an gol,” kata Valverde.

“Mungkin kami kurang menyerlah, tidak mustahil. Agak menghairan­kan apabila kami tidak dapat menjaringk­an gol di sini di stadium kami.”

 ??  ??
 ??  ?? PEMAIN Getafe cuba menyekat Messi.
PEMAIN Getafe cuba menyekat Messi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia