Harian Metro

Tunggu peluang aje...

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

 Syamer, Dominic tak sabar rebut kesebelasa­n Vilaverden­se FC selepas dua minggu berlatih

Pemain muda negara, Syamer Kutty Abba bersedia menunggu peluang untuk beraksi di Vilaverden­se FC walaupun sudah lebih dua minggu berlatih bersama kelab divisyen tiga Portugal itu.

Katanya, hingga kini dia dan rakannya Dominic Tan masih lagi dalam proses menyesuaik­an diri dengan corak latihan dan permainan pasukan itu.

“Alhamdulil­lah, setakat ini semua dalam keadaan baik, intensiti latihan di sini agak tinggi tapi aspek lain kebanyakan agak sama saja. Cuma cuaca di sini juga sejuk, jadi kami kena biasakan diri,” katanya.

Syamer dan Dominic yang masing-masing berusia 20 tahun berkelana di Portugal selepas dipinjamka­n selama setahun oleh kelabnya Johor Darul Ta’zim (JDT) bulan lalu.

Kedua-dua pemain itu adalah tonggak skuad bawah 23 tahun negara kendalian Datuk Ong Kim Swee ketika meraih pingat perak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan layak ke suku akhir Kejohanan B-23 AFC di China.

Sebelum ini, Nazmi Faiz Mansor muncul pemain pertama Malaysia beraksi dengan kelab utama Portugal, SC Beira-Mar selama tiga tahun namun pemain tengah itu hanya mampu bertahan selama enam bulan sebelum kembali semula ke tanah air.

Syamer yang berasal dari Pulau Pinang mengakui cabaran dilalui di sana namun akan berusaha untuk menimba pengalaman seberapa banyak yang boleh.

“Di sini, jurulatih (Antonio Barbosa) akan bantu saya dalam komunikasi. Sekarang liga sudah bermula, sudah separuh musim jadi bukan mudah untuk kami mendapat tempat dalam pasukan. Saya mahu menimba ilmu di sini dan memperbaik­i prestasi sendiri.

“Saya akan buat sehabis baik dan terserah kepada jurulatih untuk tentukan,” kata pemain tengah itu.

Selepas 20 perlawanan liga, Vilaverden­se yang berpangkal­an di Braga kini menduduki tangga ketiga Kumpulan A dengan mengumpul 39 mata dan terbaru mereka menewaskan Aroes 3-1, Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia