Harian Metro

UPAH RM20,000 ROMPAK RM720,000

 Dalang utama rompakan kedai emas bayar upah RM20,000 kepada perompak

- >3

Diberi upah RM20,000 untuk melakukan rompakan terhadap sebuah kedai emas di sebuah pasaraya di Kota Damansara, Khamis lalu.

Difahamkan, dalang utama rompakan pekerja kedai emas yang sedang bercuti ketika kejadian berlaku sebelum barang kemas bernilai hampir RM1 juta dilarikan.

Sumber berkata, bagaimanap­un kegiatan itu terbongkar selepas polis menahan enam lelaki berusia 23 hingga 26 tahun dalam dua serbuan berasingan di Batu 3, Shah Alam dan Mont Kiara, Sabtu lalu.

“Enam lelaki itu dipercayai terbabit dalam rompakan di kedai emas berkenaan dan menerima upah daripada seorang lelaki yang juga pekerja kedai emas itu.

“Setakat ini, lelaki yang bertindak sebagai perancang rompakan itu masih bebas namun polis sudah mengenal pasti suspek berkenaan,”

katanya. Menurut sumber, dalam dua serbuan berkenaan, polis turut menemui pistol jenis Smith & Wesson yang digunakan dalam rompakan itu. “Turut ditemui resit jualan emas, sarung tangan, topi berwarna biru dan empat peluru,” katanya.

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad ketika dihubungi mengesahka­n tangkapan berkenaan.

“Satu sidang media akan diadakan berhubung tangkapan berkenaan esok (hari ini),” katanya.

Dalam kejadian pada Khamis lalu, sebuah kedai emas di dalam sebuah pasar raya di Kota Damansara di sini kerugian RM720,000 selepas dirompak tiga lelaki bersenjata­kan sepucuk pistol.

Kejadian kira-kira jam 11.47 pagi itu dilakukan tiga suspek yang menaiki sebuah Perodua Myvi berwarna putih.

Perompak melarikan lapan dulang emas dianggarka­n bernilai RM720,000 dalam kejadian itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia