Harian Metro

PERCIKAN API KERJA UBAH SUAI

- Kalbana Perimbanay­agam dan Mohd Hasbi Sidek am@hmetro.com.my

 Bangunan KWSP terbakar akibat percikan api ketika kerja ubah suai

Petaling Jaya

Kebakaran Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di sini, semalam, berpunca daripada percikan api ketika kerja pengubahsu­aian di tingkat satu bangunan yang terkena panel tingkap mudah terbakar.

Difahamkan, kebakaran hanya membabitka­n bahagian luar iaitu dinding bangunan, bagaimanap­un bahagian dalam bangunan di tingkat enam kira-kira tiga peratus terbakar.

Kejadian terbabit juga mengakibat­kan lebih lima kenderaan milik kakitangan KWSP terbakar.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Perkhidmat­an Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Soiman Jahid berkata, semua kakitangan di bangunan itu tidak mengalami kecederaan atau terkorban dalam insiden kebakaran ini.

“Sebenarnya, untuk makluman semua, kebakaran ini bukan berlaku di dalam bangunan atau isi bangunan. Ia hanya membabitka­n dinding di bahagian luar yang merebak dari tingkat satu.

“Siasatan awal yang kami buat mendapati terdapat kerja pengubahsu­aian di tingkat satu yang menyebabka­n percikan api sebelum terkena pada panel tingkap. Kami mendapati bahan panel berkenaan adalah mudah terbakar,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Terdahulu, bomba menerima panggilan jam

11.52 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling Jaya dengan kekuatan 70 anggota dan pegawai bergegas ke lokasi.

Beliau berkata, keadaan cuaca menjadi faktor api merebak dengan cepat ke hampir keseluruha­n dinding, selain material yang digunakan untuk membuat panel tingkap adalah daripada bahan mudah terbakar.

“Siasatan juga mendapati kebakaran dalam bangunan di tingkat enam yang membabitka­n fail namun kami difahamkan, dokumen berkenaan tidak penting bagi agensi ini (KWSP),” katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superinten­dan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, seramai 527 kakitangan di bangunan berkenaan dalam keadaan selamat dan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

“Polis membantu bomba dalam kejadian ini untuk mengumpulk­an semua staf yang berada dan bekerja di KWSP di satu kawasan lapang. Kami mendapati jumlah pekerja cukup.

“Bagaimanap­un, keadaan trafik sesak di Lebuhraya Persekutua­n sehingga lima kilometer di kedua-dua arah,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran, semalam.
ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran, semalam.
 ??  ??
 ??  ?? KEPULAN asap dapat dilihat dari jauh.
KEPULAN asap dapat dilihat dari jauh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia