Harian Metro

UKIR SENYUMAN ANAK PULAU

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Kira-kira 30,000 kanakkanak di Pulau Mabul, Sabah dipercayai tidak mempunyai status kerakyatan dan kebanyakan mereka adalah penduduk tempatan.

Disebabkan kekurangan itu, mereka berhadapan halangan tidak boleh mengakses kemudahan pendidikan, bantuan persekolah­an, kesihatan, kebajikan sosial dan manfaat lain.

Situasi itu mendorong Persatuan Ekspansi

Amal dengan kerjasama Persatuan Pendidikan Mabul menganjurk­an program Pendidikan Kanak-kanak Mabul 2018 di pulau berkenaan, baru-baru ini.

Persatuan Ekspansi Amal terdiri daripada 10 penuntut Ijazah Sarjana Pentadbira­n Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pengerusi Persatuan Ekspansi Amal T Sathiya Kumar berkata, tujuan utama penganjura­n program berkenaan ialah untuk membantu kanakkanak terbabit supaya dapat mengakses pelbagai kemudahan dengan lebih baik.

“Kami mahu kanakkanak di sini tidak ketinggala­n dalam menerima pembanguna­n meskipun ia tidak seperti kanak-kanak di Semenanjun­g.

“Sekurang-kurangnya mereka dapat melalui proses menjadi modal insan yang sempurna dan tidak diabaikan,” katanya.

Katanya, antara aktiviti dijalankan persatuan itu adalah membabitka­n diri dengan kerja membaik pulih infrastruk­tur sedia ada seperti pemasangan bumbung dan mengecat bersama penduduk setempat.

“Kami juga akan membekalka­n keperluan dalam meningkatk­an taraf pendidikan di Pulau Mabul seperti projektor, komputer riba, buku rujukan dan alat tulis.

“Menerusi kelengkapa­n itu, kami bukan saja mahu mereka mendapat pendidikan dengan sempurna, malah berpeluang menjalani kehidupan dengan selesa,” katanya.

Beliau berkata, persatuan itu ditubuhkan bagi menggalakk­an penuntut pasca siswazah terbabit aktif dalam melaksanak­an program tanggungja­wab sosial korporat (CSR).

“Inisiatif diperkenal­kan Dekan Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan (GSB)UKM, Prof Madya Dr Zaher Zain ini dilihat sebagai cara baru yang sangat baik dalam memupuk semangat keprihatin­an penuntut berkenaan program CSR yang dapat memberi impak kepada masyarakat dan pihak lain.

“Aktiviti ini bukan saja dilihat sangat bermanfaat kepada masyarakat setempat di Pulau Mabul, malah turut mendedahka­n penuntut GSB-UKM dengan semangat berpasukan, berkasih sayang, kemanusiaa­n, budaya tempatan yang unik dan keindahan alam,” katanya.

Malah, beliau turut mengharapk­an usaha murni dan semangat diperjuang­kan Persatuan Ekspansi Amal bersama penuntut pascasiswa­zah UKM itu dijadikan contoh kepada penuntut di negara ini dalam membantu golongan memerlukan.

Persatuan Ekspansi Amal UKM bantu kanak-kanak Pulau Mabul terima pendidikan

sempurna

 ??  ??
 ??  ?? 1. SATHIYA mengecat sekolah pada program
Pendidikan Kanak-kanak Mabul 2018.
2.PROGRAM Pendidikan Kanak-kanak Mabul
2018 berlangsun­g tiga hari.
3. KANAK-KANAK teruja menyertai program pendidikan yang diadakan khas untuk mereka.
4. KANAK-KANAK...
1. SATHIYA mengecat sekolah pada program Pendidikan Kanak-kanak Mabul 2018. 2.PROGRAM Pendidikan Kanak-kanak Mabul 2018 berlangsun­g tiga hari. 3. KANAK-KANAK teruja menyertai program pendidikan yang diadakan khas untuk mereka. 4. KANAK-KANAK...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia