Harian Metro

Pilih bulu, mesej dibaca tanpa dibalas

-

Sikap artis atau pengurus mereka yang pilih bulu dengan pengamal media ini bukan perkara baru dalam industri hiburan tanah air.

Rasa-rasa SS sudah berkurun, cuma kurang perubahann­ya. Lagipun, biasalah artis mana yang akan menolak untuk ditemu bual pengamal media yang hebat.

Baru-baru ini, seorang rakan SS meluahkan rasa kecewa terhadap sikap seorang artis yang dengarnya baru naik pelamin.

Tidaklah kecewa sangat, tetapi artis itu nyata bersikap pilih bulu. Ini kerana bukan saja panggilan telefon rakan SS itu tidak dijawabnya tetapi mesej yang dihantar hanya dibaca saja.

Lebih terserlah sikap artis itu apabila dia boleh pula menjawab panggilan telefon rakan media SS yang mungkin rapat dengannya.

Bagi SS, kepada artis yang ada sikap pilih bulu sebegini, seharusnya senaraikan saja nama pengamal media pilihan anda.

Jadi senanglah untuk bekerjasam­a. Tidaklah panas hati sangat apabila mesej yang dihantar untuk meminta kerjasama sekadar dibaca tanpa dibalas. Ucapan maaf, janganlah diharap.

Bagaimanap­un, perlu diingat bidang kewartawar­an hiburan ini sentiasa ada perubahann­ya. Tidak selamanya anda akan ditemu bual pengamal media yang sama.

Jadi, belajarlah bersikap profesiona­l. Tidak kiralah, dari mana organisasi pengamal media itu, cubalah beri kerjasama sebaik mungkin.

Tidak rugi apa-apa pun, malah memberi impak yang baik untuk kerjaya seni anda. Pesan SS, jangan bersikap terlalu memilih sangat!

SS: Hidup umpama roda, kadang di atas, ada masa di bawah pula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia