Harian Metro

‘Aqeef masih kecil untuk bercuti’

-

Kuala Lumpur: Ketika segelintir selebriti popular tanah air berlumba-lumba membawa anak kecil mereka bercuti ke luar negara, pelakon jelita, Amyra Rosli, 27, tidak melakukann­ya.

Suami Amyra, Amar Baharin, 33, tidak bercadang membawa anak mereka, Aqeef Anaqi yang kini berusia empat bulan bercuti ke luar negara kerana masih bayi.

Amyra berkata, anaknya masih kecil dan belum sesuai dibawa menaiki kapal terbang semata-mata untuk pergi bercuti.

“Saya dan Amar sudah sepakat hanya membawa Aqeef bercuti dalam negara saja ketika masih bayi ini.

“Setakat ini, Aqeef sudah dibawa bercuti oleh kami dan keluarga ke beberapa negeri dalam Malaysia. Cuma, tidaklah menaiki kapal terbang.

“Apapun, syukur dia (Aqeef) tidak meragam dan mudah dijaga. Hanya perlu pastikan dia cukup tidur dan menyusu saja,” katanya.

Amyra berkata, mereka hanya akan bercuti ke luar negara bercadang percutian ke luar negara apabila usia Aqeef lebih setahun.

“Sebenarnya, saya mahu membawanya bercuti di Bangkok, Thailand baru-baru ini, tetapi Amar kata tidak sesuai.

“Mujur juga saya tidak membawanya kerana keadaan cuaca yang kurang baik. Termasuk, keadaan persekitar­an lokasi yang dikunjungi itu,” katanya.

Amyra berkata sebagai ibu bapa baru yang kurang pengalaman, dia dan Amar lebih selesa mengambil pendekatan berhati-hati dan pencegahan awal. Katanya, bayi yang masih kecil memerlukan penjagaan teliti kerana mudah terdedah dengan gangguan kesihatan jika dijaga sambil lewa.

 ??  ?? AMYRA, Amar dan Aqeef.
AMYRA, Amar dan Aqeef.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia