Harian Metro

Kerajaan tak bertolak ansur

-

Kuala Lumpur: Kerajaan tidak akan sesekali bertolak ansur terhadap perbuatan tidak berperikem­anusiaan termasuk kes pembantu rumah didera majikannya hingga mengakibat­kan kematian.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, ia perlakuan di luar batas norma sosial.

Pada masa sama, katanya, beliau mahu suspek terbabit dalam kes berkenaan dikenakan tindakan sewajarnya bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.

“Saya bagi pihak kementeria­n menzahirka­n dukacita dan simpati di atas pemergian pembantu rumah warga Indonesia yang meninggal dunia baru-baru ini akibat didera.

“Malaysia negara yang berdaulat dan menghormat­i hak manusia.

“Perlembaga­an Malaysia menjamin hak untuk berasa selamat dan dilindungi pada setiap masa tidak kira mereka rakyat tempatan atau warga asing,” katanya ,semalam.

Dalam perkembang­an sama, katanya, kementeria­n akan terus menjalanka­n pelbagai inisiatif untuk menjaga kebajikan pembantu rumah di mana majoritiny­a terdiri daripada wanita.

Beliau berkata, antaranya ialah talian kasih 15999 yang beroperasi 24 jam sehari khas untuk laporan kes penganiaya­an dan memberikan perkhidmat­an kaunseling terhadap pembantu rumah yang mengalami tekanan daripada majikan.

“Saya juga menyeru pihak berwajib melakukan pemantauan berkala terhadap syarikat dan agensi pembantu rumah bagi memastikan tiada lagi kes penganiaya­an berlaku.

“Kita sentiasa bekerjasam­a dengan agensi berkaitan,” katanya.

 ??  ?? ROHANI
ROHANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia