Harian Metro

Skandal Oxfam

 Pekerja bantuan eksploitas­i mangsa gempa bumi Haiti untuk seks

- Agensi

Timbalan ketua eksekutif pertubuhan kebajikan antarabang­sa, Oxfam meletak jawatan semalam berhubung skandal seks membabitka­n pegawai dan petugas badan itu yang didakwa memperdaga­ngkan bantuan untuk seks.

“Sebagai pengarah program ketika itu, saya berasa malu kerana ia berlaku ketika di bawah pengawasan saya dan saya bertanggun­gjawab sepenuhnya,” kata Penny Lawrence dalam satu kenyataan.

Pertubuhan dari Britain itu dikritik hebat kerana kurangnya ketelusan berhubung salah laku petugas badan itu yang didakwa melanggan perkhidmat­an pelacur di Haiti ketika misi bantuan gempa bumi pada 2010.

Satu sumber memberitah­u, beberapa petugas Oxfam dituduh meminta habuan seks daripada orang ramai sebagai tukaran untuk bantuan kebajikan yang disalurkan badan itu.

Beberapa petugas juga dilaporkan pernah terbabit dalam beberapa kes seperti cubaan merogol mangsa bencana, mengeksplo­itasi kanak-kanak untuk tujuan seks, mendera dan pelbagai lagi tuduhan seksual lagi.

Bagaimanap­un, pertubuhan itu menafikan mereka mahu menutup skandal berkenaan.

Tuduhan berkenaan turut tertumpu terhadap bekas pengarah Oxfam Haiti, Roland van Hauwermeir­en yang sebelum ini mengetuai misi bantuan di Chad.

Akhbar The Times yang membongkar­kan skandal itu melaporkan, Oxfam mengetahui dakwaan salah laku seksual terhadap van Hauwermeir­en ketika bertugas di Chad tetapi tetap melantik lelaki itu untuk mengetuai misi bantuan di Haiti.

 ??  ?? VILLA disewa Oxfam di Haiti yang dikatakan menjadi lokasi pesta seks. Gambar kecil, Penny. - Daily Mail
VILLA disewa Oxfam di Haiti yang dikatakan menjadi lokasi pesta seks. Gambar kecil, Penny. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia