Harian Metro

CONTE TAK PENING LAGI

- AFP

London

Antonio Conte berasa lega kerana mempunyai pilihan sekali lagi di bahagian serangan dengan penampilan Olivier Giroud dan Alvaro Morata yang kembali cergas menjelang apa yang dianggap pengendali dari Itali itu sebagai minggu yang “penting” buat Chelsea.

Sentuhan Giroud membantu Eden Hazard membuka tirai jaringan apabila Chelsea mengatasi pasukan tercorot West Bromwich Albion 3-0, awal pagi semalam.

Ia membolehka­n mereka kembali ke kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris dan mengendurk­an tekanan buat Conte berikutan kejutan kekalahan kepada Bournemout­h dan Watford dalam dua perlawanan terakhir.

Conte gagal menurunkan penyerang dalam dua perlawanan itu dengan Morata diketepika­n hampir sebulan kerana kecederaan belakang dan Giroud hanya menyertai mereka dari Arsenal pada 31 Januari lalu.

“Kami berpuas hati dengan persembaha­n Giroud,” kata Conte mengenai pemain Perancis itu, yang digantikan oleh Morata pada minit ke-60 selepas persembaha­n bersemanga­t yang menyaksika­nnya kepalanya berbalut dan buku lalinya diterjah.

“Ia kali pertama dia bermain sejak awal bersama kami. Sudah tentu dia perlu meningkat untuk menyesuaik­an diri dengan bola sepak kami, tapi mempunyai seseorang seperti Olivier amat penting.

“Sudah tentu kami berpuas hati kerana pada malam sama kami menemui semula Morata.

“Saya fikir dia bermain dengan amat baik dalam 30 minit terakhir dengan personalit­i hebat, semangat mengagumka­n.”

Conte mengesahka­n Giroud boleh cergas bagi kunjungan Hull City ke Stamford Bridge pada pusingan kelima Piala FA Inggeris awal pagi Sabtu ini sebelum tiga pertembung­an besar yang akan menentukan hala tuju Chelsea musim ini.

Blues akan melayan kunjungan Barcelona bagi aksi pertama, pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara pada 20 Februari depan sebelum dua pertembung­an penting Liga Perdana menentang Manchester United dan pendahulu Manchester City.

“Hari ini amat penting kami meraih tiga mata kerana hanya selepas satu kemenangan anda boleh menganggap ia mudah,” ujar Conte.

“Kami mahu ke pusingan berikutnya (menentang Hull) kemudian bersiap sedia menentang Barcelona dan kemudian United serta City. Tiga perlawanan besar buat

kami.”

 Giroud, Morata tambah bisa Blues di jentera serangan

London: Penyerang West Brom,

Daniel Sturridge dijangka kembali pulih dengan pantas daripada kecederaan hamstring dialaminya pada minit awal ketika tewas 0-3 di tangan juara Liga Perdana Inggeris, Chelsea awal pagi semalam, menurut pengurus Alan Pardew.

Pemain kebangsaan England itu, yang menyertai West Brom secara pinjaman dari Liverpool bulan lalu, mengalami kecederaan itu ketika penampilan ketiganya bersama kelab tercorot itu.

“Kami amat memerlukan khidmatnya kerana kami bergelut untuk menjaringk­an gol,” kata Pardew selepas perlawanan itu.

“Dia berasa kekejangan hamstring selepas memecut 60 meter pertama dalam perlawanan itu. Kami akan merawatnya. Dia tidak akan bermain minggu depan tapi harapnya boleh bagi minggu berikutnya.”

Kecederaan pemain berusia 28 tahun itu satu tamparan buat West Brom, yang bergelut untuk menyumbat gol sepanjang kempen setakat ini.

West Brom menentang Southampto­n pada pusingan kelima Piala FA Inggeris, Sabtu ini diikuti aksi liga menentang Huddersfie­ld Town pada 24 Februari depan. Reuters

 ??  ?? CONTE puji semangat juang Giroud (kiri) yang beraksi dengan kepala berbalut.
STURRIDGE alami kecederaan hamstring ketika menentang
Chelsea.
CONTE puji semangat juang Giroud (kiri) yang beraksi dengan kepala berbalut. STURRIDGE alami kecederaan hamstring ketika menentang Chelsea.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia