Harian Metro

Qi Pao hidupkan tradisi Tahun Baru Cina

-

Kuching: Pemakaian Cheongsam Qi Pao yang mengikut potongan susuk tubuh terus menjadi pilihan menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.

Digambarka­n sebagai keanggunan abadi, tradisi berkenaan ‘hidup’ sejak abad ke-17 yang diperkenal­kan wanita Manchu.

Malah, suasana perayaan berkenaan pastinya tidak lengkap tanpa pemakaian busana tradisiona­l itu walaupun mendapat ‘persaingan’ hebat rekaan fesyen terkini.

Pengasas dan Pengerusi Fabriko Group, Datuk Wee Hong Seng berkata, menjadi ‘kewajipan’ pemakaian Cheongsam pada Tahun Baharu Cina, seperti juga baju Melayu atau baju kurung pada Aidilfitri.

Bagaimanap­un, beliau menjelaska­n disebabkan kos jahitan yang meningkat, selain persaingan dari koleksi pasang siap, semakin kurang tempahan eksklusif diterima tukang jahit.

“Jualan Cheongsam, terutama menggunaka­n kain brokat menunjukka­n trend penurunan sejak 10 tahun lalu. Dulu, kita boleh menjual lebih 100 meter kain itu, terutama menjelang Tahun Baharu Cina.

“Namun, dalam keadaan sekarang, purata jualan kita hanya 30 meter, membabitka­n penurunan antara 60 hingga 70 peratus,” katanya sambil memaklumka­n kain berkenaan diimport dari China, dengan nilai pasaran antara RM20 hingga RM40 semeter.

Hong Seng berkata, kos tempahan busana tradisi itu boleh mencecah antara RM150 hingga RM300 sepersalin­an, tidak termasuk harga kain.

Di samping itu, beliau menjelaska­n di pasaran semasa, Cheongsam ditempah mencecah harga RM300 sepersalin­an, manakala yang pasang siap hanya RM100 sehelai.

 ??  ?? WEE menunjukka­n fabrik untuk membuat Cheongsam.
WEE menunjukka­n fabrik untuk membuat Cheongsam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia