Harian Metro

6,000 rumah lebih murah

-

 Diskaun 20 peratus ditawar kepada pengunjung Ekspo Muafakat Kedah

(anak muda) penting bagi membangunk­an negeri dalam pelbagai bidang,” katanya kepada pemberita semalam selepas majlis pra pelancaran di Wisma Darulaman di sini, semalam.

Ahmad Bashah berkata, kerajaan negeri menyasarka­n 400,000 pengunjung dari negeri jiran seperti Perlis, Pulau Pinang dan utara Perak hadir sepanjang tempoh penganjura­n ekspo itu.

“Peluang ini dapat diambil oleh pembeli rumah di negeri ini dan selain itu, bagi remaja dan belia yang masih mencari kerja, ekspo ini juga berguna untuk mereka mencari peluang pekerjaan kerana ada 20 kluster daripada 199 agensi terbabit dalam penganjura­n ekspo ini,” katanya.

Antara kluster yang bakal ditampilka­n sepanjang Ekspo Muafakat Kedah adalah Kluster Pameran DiRaja, Barakah Kedah, Suara Hati, Generasi Muda Pemimpin Negara, Kedah Harmoni, Eko Kedah, Kedah Islami, Bakat Kedah, Kedah Aman, Rangkaian Kedah, Kedah Berdaya Huni, Digital Kedah, Kedah Holistic, Kewangan, Agro Kedah, Kedah Bizz, Warisan dan Pelanconga­n, Pameran Perkhidmat­an, Pameran Daerah dan

Pengunjung berpeluang bertemu angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Sheikh Mustapha dan tokoh usahawan seperti Fattah Amin and Fizo Omar serta selebriti tempatan antaranya Rozita Che Wan, Janna Nick dan ramai lagi.

Cabutan bertuah yang menawarkan hadiah seperti kereta, motosikal, barangan elektrik, pakej penginapan hotel, pakej pelanconga­n, baucar hiasan rumah dan gajet turut diadakan.

 ??  ?? AHMAD Bashah (tengah) mendengar taklimat daripada Penolong Pengarah Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah, Nurul Azhani Shaharim (kiri), semalam.
AHMAD Bashah (tengah) mendengar taklimat daripada Penolong Pengarah Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah, Nurul Azhani Shaharim (kiri), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia