Harian Metro

Suara pulih selepas disuntik

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Ara pernah terfikir cari pengganti untuk persembaha­n pada AJL32

Beberapa hari sebelum berlangsun­gnya Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32), penyanyi Ara Johari mengalami masalah suara sehingga menyukarka­nnya menyanyi dengan baik.

Malah, Harian Metro yang membuat liputan pada sesi latihan penuh pertama sehari sebelum AJL menyaksika­n sendiri bagaimana Ara yang menyanyika­n lagu Warkah Untukku berusaha melontarka­n vokalnya.

Pada petang hari pertanding­an pula iaitu beberapa jam sebelum acara kemuncak bermula, Harian Metro dimaklumka­n pengurusny­a, Ara terpaksa diberikan suntikan bagi membolehka­n dia menyanyi.

Tiba giliran Ara beraksi, apa yang dipersemba­hkan jauh lebih baik daripada hari sebelumnya meski persembaha­n itu menerima kritikan pelbagai pihak.

Sehinggaka­n ramai beranggapa­n Ara tidak boleh menyanyi secara langsung dan tidak kurang juga menyifatka­n dia belum layak beraksi di pentas berprestij itu.

“Pertama sekali, terima kasih buat semua yang memberi sokongan. Saya tahu vokal saya tidak okey dan teruk. Namun, saya bangga kerana kehadiran peminat menjadi pemangkin semangat untuk meneruskan persembaha­n.

“Saya juga tahu ada segelintir yang membenci dan cuba jadi juri berdasarka­n apa mereka lihat. Bagaimanap­un, saya tetap berterima kasih dan hormati apa yang mereka cuba sampaikan,” katanya.

Disebabkan masalah suara, Ara yang bakatnya dicungkil menerusi program Akademi Fantasia 2016 mendedahka­n ada beberapa pihak mencadangk­an dia menurunkan ‘key’ lagu ciptaaan Hang Nadim.

“Ramai nasihat saya supaya ‘playsafe’ dan turunkan

‘key’ lagu ini ini agar tidak merosakkan lagi suara.

“Saya faham betapa mereka ambil berat mengenai diri dan persembaha­n saya. Terima kasih atas kerana perihatin. Namun, kena faham kenapa saya ambil langkah untuk tidak berbuat demikian,” katanya.

Ara yang kini popular dengan single kedua, Bunga, berkata, dia nekad menyanyi mengikut ‘key’ asal kerana tidak mahu menjejaska­n melodi yang sudah digubah Pengarah Muzik AJL Aubrey Suwito.

“AJL membabitka­n banyak pihak, malah, susunan semula muzik membabitka­n ramai pemuzik di bawah pimpinan Aubrey. Jika saya menurunkan ‘key’ semua yang sudah disiapkan sejak awal terpaksa dibuat semula. Ia pasti ambil masa.

“Kalau nak tahu, sehari sebelum AJL saya terfikir untuk cari pengganti, malah, ketika sesi latihan akhir Masya Masyitah menggantik­an saya. Timbul pula persoalan adakah peminat berpuas hati kalau orang lain menyanyika­n lagu ini pada saat akhir?

“Saya ucapkan terima kasih kepada Masya yang sanggup menggantik­an saya ketika sesi latihan dan bersedia beraksi di malam kemuncak jika saya tiada suara,” katanya.

Ara menegaskan dia sanggup ambil risiko meneruskan persembaha­n kerana menggalas amanah yang diberikan komposer dan penulis lirik.

“Semua ini untuk keluarga, kawan dan penyokong yang selama ini menjadi tulang belakang saya.

“Saya kena kuat dan percaya mereka sentiasa ada dengan saya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Timbul pula persoalan adakah peminat berpuas hati kalau orang lain menyanyika­n lagu ini pada saat akhir?
AKSI Ara pada AJL32.
Timbul pula persoalan adakah peminat berpuas hati kalau orang lain menyanyika­n lagu ini pada saat akhir? AKSI Ara pada AJL32.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia