Harian Metro

Hilang fokus, pemain gugup punca PKS Uniten-KPT seri

- Naqib Nor Said naqib@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Pengendali PKS Uniten-KPT, Lailin Abu Hassan menyifatka­n pasukannya gagal beraksi pada tahap sebenar selepas membenarka­n Blue Warriors bangkit mengikat mereka 1-1 dalam aksi Liga Hoki Wanita Malaysia, semalam.

Siti Zulaika Hussin muncul penyelamat apabila jaringan lewat permainann­ya membantu Blue Warriors kendalian Zulkhairi Ariffin mencuri satu mata selepas Ellya Syahirah Elias meletakkan PKS Uniten di depan seawal minit ke-15.

Ia jaringan peribadi kelapan Zulaika sepanjang musim ini sekali gus meletakkan­nya kini sebaris dengan pakar flick PKS Uniten, Nuraini Rashid di posisi kedua senarai penjaring terbanyak dengan lapan gol, hanya tiga gol di belakang rakan sepasukan, Ritu Rani.

PKS Uniten jelas menguasai permainan di Stadium Hoki Bukit Jalil terutama di suku pertama dan kedua, namun gagal pulang dengan mata penuh selepas kehilangan fokus di hujung permainan.

“Bagi saya pemain gagal mencapai prestasi seperti yang dimahukan, mereka kelihatan gugup dan gagal menyudahka­n beberapa peluang terhidang termasuk yang diselamatk­an penjaga gol Blue Warriors (Farah Ayuni Yahya).

“Malah, mereka kehilangan fokus bila berada dalam situasi tertekan di hujung permainan. Dan faktor ini mungkin berpunca daripada kepenatan kerana ada beberapa pemain gemar memegang bola terlalu lama.

“Justeru, saya harap pemain akan memperbaik­i kelemahan ini dan cuba mengutip mata penuh dalam pertemuan kedua dengan Blue Warriors pada Selasa ini kerana hanya kemenangan dapat menjamin peluang cerah untuk bergelar juara liga,” kata Lailin selepas tamat perlawanan.

Keputusan itu bermakna kedua-dua pasukan kini terus berkongsi 23 mata dengan PKS Uniten kekal di persada liga berdasarka­n kelebihan gol tatkala saingan berbaki tiga perlawanan.

Sebagai rekod, PKS Uniten sudah kemarau gelaran liga selama dua musim selepas bergelar juara edisi sulung pada 2015, sementara Blue Warriors pula belum pernah memenangi gelaran dengan pencapaian terbaik meraih gelaran naib juara pada kempen tahun lalu.

 ?? FOTO: MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI ?? PEMAIN PKS UNITEN, Nur Zafirah Aziz (tengah) diasak dua pemain Blue Warriors di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.
FOTO: MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI PEMAIN PKS UNITEN, Nur Zafirah Aziz (tengah) diasak dua pemain Blue Warriors di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia