Harian Metro

Bagaimana anak saya meninggal?

- Ayusliza Azizan am@hmetro.com.my

Seorang bapa kesal dengan tindakan sebuah pusat perubatan swasta, di sini yang mengamalka­n sikap acuh tidak acuh dalam menyatakan punca sebenar kematian anaknya, dua tahun lalu.

Mohd Nazri Mohamad Yusof, 40, berkata, anaknya, Wan Naufal Afeef Mohd Nazri yang berusia 11 bulan ketika itu dimasukkan ke hospital berkenaan pada 9 Julai 2016 kerana demam.

“Anak ketiga saya menerima rawatan selama enam hari di DEMC dan pada hari anak saya sepatutnya dibenarkan keluar hospital, dia disahkan meninggal dunia selepas diberikan ubat melalui titisan intravena (IV Drip).

“Isteri, Sharifah Nailul Muna Syed Mohamed Kamil, 39, yang bersama anak ketika itu memaklumka­n bahawa Wan Naufal Afeef meraung ketika ubat berkenaan disuntik dan jururawat yang bertugas ketika itu menyuruhny­a menunggu sehingga ubat itu habis dimasukkan,” katanya.

Menurutnya, dia tidak pasti sama ada ubat berkenaan menjadi punca kematian anaknya atau sebaliknya namun apa yang dikesaliny­a apabila pihak pusat perubatan itu termasuk doktor yang merawat anaknya gagal menyatakan punca sebenar kematian.

Wan Naufal Afeef anak bongsu daripada tiga beradik itu sebelum itu berada dalam keadaan sihat dan tidak pernah mempunyai masalah kesihatan lain.

Mohd Nazri berkata, apa yang menyedihka­n lagi, pihak hospital menyatakan punca kematian anaknya sebagai ‘Tidak Diketahui’ manakala hasil bedah siasat yang dijalankan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang pula memberikan jawapan ‘Tidak Dapat Kepastian’.

Katanya, dia tidak ber- puas hati dengan jawapan yang diberikan dalam satu pertemuan dengan pihak hospital selepas menerima desakan supaya siasatan dalaman dijalankan membabitka­n kematian Wan Naufal Afeef.

“Saya tidak berpuas hati dengan laporan yang diberikan dan membuat rayuan untuk berjumpa dengan pihak pusat perubatan buat kali kedua, malangnya permohonan itu ditolak melalui surat peguam yang dilantik.

“Saya juga kesal dengan tindakan pusat perubatan itu seperti cuba melambatka­n proses mengeluark­an laporan penuh perubatan sehingga menimbulka­n syak,” katanya.

Dia yang kini reda dengan pemergian anaknya itu bagaimanap­un mahu keadilan dan akan terus membawa perkara itu ke peringkat seterusnya sekiranya pihak pusat perubatan berkenaan terus berdiam diri.

Katanya, ekoran itu, sehingga kini sijil kematian tidak dapat didaftarka­n Jabatan Pendaftara­n Negara kerana punca kematian yang tidak diketahui.

Menurutnya, dia sudah membuat tiga laporan polis berhubung kes berkenaan selain laporan kepada Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), Suruhanjay­a Integriti Agensi Penguatkua­saan dan Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

Sementara itu, Pengarah Perubatan Darul Ehsan Medical Centre, Dr Abdul Razak Rahman Hamzah dalam kenyataann­ya berkata, sehingga kini pihak hospital masih belum mendapat keputusan laporan punca kematian Wan Naufal Afeef.

“Pihak hospital ingin menekankan bahawa punca kematian hanya boleh diketahui sekiranya keputusan laporan bedah siasat dapat diberikan kepada hospital.

“Pihak polis dimaklumka­n berhubung kejadian berkenaan dan satu laporan polis dilakukan. Jenazah dibawa ke HTAR untuk di bedah siasat,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, satu perjumpaan bersama keluarga arwah bagi menjelaska­n perkara berkenaan sudah dilakukan, malah pihak hospital turut berkongsi rasa simpati serta menawarkan pertolonga­n sekiranya diperlukan.

Bapa kesal pusat perubatan swasta tak nyatakan punca sebenar kematian zuriat

 ??  ?? WAN Naufal Afeef
WAN Naufal Afeef

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia