Harian Metro

ARUS AIR MATA

- Norizuan Samsuddin, Nor Azizah Mokhtar, Syazwan Msar, Faris Fuad dan Nur Afiradina Arshad am@hmetro.com.my

> “Hanya kelibat ibu yang berada di dalam kereta menjadi ingatan terakhir buat saya,” kata Muhd Badrul Baharin, 21, yang tidak dapat menahan sebak sebaik ibunya Jaleha Hashim, 48, disahkan lemas selepas dihanyutka­n arus deras ketika memancing di Sungai Gasi, Sungai Buloh, jam 5 petang kelmarin. Mayat mangsa ditemui tersangkut

di tebing kira-kira 18 kilometer dari lokasi kejadian tengah hari semalam.

Semua mayat pemancing lemas ditemui

“Hanya kelibat ibu yang berada di dalam kereta akan menjadi ingatan terakhir,” kata Muhd Badrul Baharin, 21, sebak susulan kematian ibunya, Jaleha Hashim, 48.

Ibunya antara mangsa dihanyutka­n arus deras ketika memancing di Sungai Gasi berhampira­n Kem Paya Jaras Markas Angkatan Tentera Malaysia, Rejimen Perhubunga­n Strategik, Sungai Buloh, jam 5 petang kelmarin.

Menurutnya, dia tidak menyangka pertemuan dengan ibunya Ahad lalu yang ketika itu berada di dalam kereta akan menjadi detik terakhir dia melihat insan disayangi itu.

“Memang saya dan adik-adik reda dengan pemergian ibu, cuma saya dapat melihatnya buat kali terakhir dengan sekali imbas saja,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh, semalam.

Mayat Jaleha ditemui pasukan penyelamat pada jam 3.30 petang semalam, kira-kira 18 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hanyut.

Muhd Badrul berkata, dia dan dua adiknya, Umie Juliana, 19, dan Siti Nurjannah, 14, tidak dapat melelapkan mata malam kelmarin kerana memikirkan nasib ibu dan mendoakan ibunya selamat.

Dia yang bekerja di sebuah kedai elektronik tidak dapat menahan sebak sebaik mengetahui ibunya disahkan lemas ketika memancing ikan bersama bapa tirinya, Shamsul Azhar Maula Ismail, 33.

Bagaimanap­un, Shamsul sempat menyelamat­kan diri ketika kejadian berkenaan.

Muhd Badrul berkata, pada awalnya, ibu ada mengajak dia mengikutny­a memancing di kawasan itu.

“Tetapi saya menolak kerana mempunyai urusan lain,” katanya.

Apapun, katanya, dia akan memastikan dua adik perempuann­ya dijaga dengan baik.

“Ini menjadi tanggungja­wab saya dan saya memang akan menjaga mereka dengan sebaik mungkin,” katanya.

Jaleha dikebumika­n di Tanah Perkuburan Kemensah, Hulu Klang selepas solat Isyak, malam tadi.

Sementara itu, kakak ipar seorang lagi mangsa lemas, Silawati Zailan, 31, Suryani Abdur Rahman, 49, berkata, adik iparnya memang gemar meluangkan masa lapang dengan memancing ikan.

“Silawati memang minat memancing. Malah dia sering menyiarkan aktivitiny­a secara langsung menerusi media sosial,” katanya ketika ditemui di hospital sama.

Menurutnya, sebelum ini arwah sering memancing di Pelabuhan Klang.

“Sebab itu bila saya mendengar berlaku kejadian lemas di Sungai Buloh, saya beranggapa­n arwah tidak terbabit,” katanya sebak.

Suryani berkata, sikap dan tingkah laku Silawati berubah sebelum kejadian lemas itu.

“Mangsa nampak lain, selalunya dia panggil saya kak su, tapi kelmarin dia panggil saya kak long,” katanya.

Mayat Silawati dihantar Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ke hospital terbabit untuk proses bedah siasat selepas ditemui di tebing Sungai Gasi pada jam 12.30 tengah hari semalam.

Difahamkan, mangsa ditemui tersangkut di tebing kira-kira 13 kilometer dari lokasi kejadian.

Mayat Silawati adalah mangsa ketiga ditemui selepas mayat seorang warga Indonesia, Hashir, 38, dan Jamaluddin Rapawi, 14, ditemui, semalam.

 ??  ?? WARIS mangsa tidak dapat menahan sebak.
WARIS mangsa tidak dapat menahan sebak.
 ??  ?? SUAMI Silawati, Mohd Rizal Mat Desa tidak dapat mengawal emosi ketika anggota keselamata­n membawa naik mayat isterinya.
SUAMI Silawati, Mohd Rizal Mat Desa tidak dapat mengawal emosi ketika anggota keselamata­n membawa naik mayat isterinya.
 ??  ?? MOHD Rizal setia menemani jasad isterinya yang dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh, semalam.
MOHD Rizal setia menemani jasad isterinya yang dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh, semalam.
 ??  ??
 ??  ?? SILAWATI
SILAWATI
 ??  ?? JALEHA
JALEHA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia