Harian Metro

Perlu papan peringatan tol tidak beroperasi

-

Alam: Segelintir pengguna jalan raya dikesan masih tidak menghirauk­an peringatan supaya memperlaha­nkan kenderaan ketika melalui Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau , di sini, yang tidak beroperasi.

Tinjauan sekitar waktu puncak tengah hari semalam di kedua-dua plaza tol mendapati, bukan saja kenderaan ringan, malah kenderaan berat seperti lori dan bas dipandu laju di lorong paling kiri.

Menurut seorang pengawal keselamata­n yang bertugas di Plaza Tol Batu Tiga, Azhari Arifin, 40, setiap hari, dia melihat pelbagai ragam pengguna termasuk yang memandu melebihi kelajuan di kawasan terbabit.

“Sejak tol dimansuhka­n, kenderaan yang lalu sini dipandu laju terutama di sebelah malam, tetapi pada waktu siang kenderaan banyak, mungkin pengguna bimbang.

“Pernah berlaku seorang penuntut wanita institusi pengajian tinggi (IPT) memandu perlahan dan berhenti di situ mungkin kerana mahu membayar tol walaupun ia dimansuhka­n kemudian keretanya dilanggar dari belakang oleh pengguna lain yang memandu laju.

“Selain dua kemalangan maut terbabit, hampir 10 kejadian kemalangan berlaku selepas kutipan tol dimansuhka­n di plaza tol ini, namun semua mangsa hanya cedera ringan dan tidak serius. Atas sebab itu ia tidak dihebahkan,” katanya.

Azhari berkata, sepatutnya pihak berwajib memasang papan tanda yang besar, jelas dan boleh dibaca serta dilihat semua pengguna jalan raya dari kedua-dua arah.

“Papan tanda kena ada kerana pengguna yang jarang melalui jalan ini mungkin terlupa. Saya tidak nafikan memang ada kain rentang tapi kecil, sepatutnya perlu letak banyak bagi pengguna nampak.

“Kami jaga tempat ini siang dan malam selama 24 jam sehari. Apabila waktu malam, kalau ada kon jatuh atau objek yang menghalang laluan, kami angkat dan ketepikan.

“Saya difahamkan papan tanda mengenai pemansuhan kutipan tol dan meminta pengguna berhati-hati akan dipasang dalam masa terdekat, tetapi saya tidak tahu bila.

“Saya juga harap plaza tol yang dimansuhka­n dirobohkan secepat mungkin,” katanya.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia