Harian Metro

Ambulans pun engkau curi!

- Muhd Amirul Faiz Ahmad news@nstp.com.my

Seorang lelaki dipercayai pesakit mental sempat bersiar-siar di sekitar bandar raya ini menggunaka­n ambulans yang dilarikann­ya selama sejam sebelum ditahan berhampira­n Wisma Saberkas, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.50 tengah hari, lelaki terbabit menyusup masuk ke dalam ambulans milik sebuah pusat perubatan swasta tanpa disedari ketika petugas menurunkan pesakit di Hospital Umum Sarawak (HUS), di sini sebelum melarikan kenderaan terbabit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superinten­dan Abang Junaidi Abang Annuar berkata, ambulans itu diletakkan di tepi jalan berhampira­n sebuah pusat beli-belah terkemuka di bandar raya ini.

“Dalam kejadian tengah hari tadi (semalam), suspek berusia 36 tahun melarikan ambulans ketika petugas sibuk menurunkan pesakit yang mahu mendapatka­n rawatan di HUS.

“Bagaimanap­un, selepas sejam memburu suspek, pegawai dan anggota bertugas mengesan kedudukan ambulans berkenaan yang ditinggalk­an di Jalan Green berhampira­n Wisma Saberkas,” katanya.

Abang Junaidi berkata, menyedari dirinya diburu polis, suspek keluar dari ambulans sebelum melarikan diri ke dalam pusat beli-belah berkenaan.

“Tindakan suspek gagal dan dia ditahan di pekarangan HUS.

“Kami mengesyaki suspek berlari untuk pulang semula ke HUS dari pusat beli-belah itu selepas panik melihat kehadiran pegawai dan anggota polis,” katanya.

Katanya, suspek yang berasal dari Kampung Siol Kandis, Petra Jaya dipercayai mengalami masalah mental dimasukkan ke HUS, kelmarin untuk menjalani pemeriksaa­n kesihatan.

“Siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian termasuk kehadiran suspek yang tidak disedari petugas sehingga dapat menyusup ke dalam ambulans sebelum melarikan kenderaan terbabit,” katanya.

 Lelaki ambil kesempatan kebas kenderaan ketika petugas sibuk urus pesakit

 ??  ?? AMBULANS yang dilarikan seorang pesakit mental (gambar kecil) ketika petugas menurunkan pesakit untuk mendapat rawatan di HUS, semalam.
AMBULANS yang dilarikan seorang pesakit mental (gambar kecil) ketika petugas menurunkan pesakit untuk mendapat rawatan di HUS, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia