Harian Metro

Besar tapi bahaya

-

“Setahu saya tiada penduduk kampung ini yang pergi memancing di kawasan berlakunya kejadian lemas, semalam (kelmarin).

“Kawasan sungai di belakang rumah saya ini memang laluan kepala air, selalunya air boleh melimpah sampai ke tebing setiap kali kepala air melalui sungai ini,” katanya.

Peniaga, Adisman Samsuddin, 50, berkata, kawasan lubuk Sungai Gasi berhampira­n Kem Tentera Sungai Buloh memang tumpuan pemancing.

“Ikan di situ besar-besar, tapi bahayanya kerap berlaku kepala air di sungai berkenaan setiap kali selepas hujan.

“Lagipun dasar sungai itu dalam berikutan projek mendalamka­n sungai bagi mengelakka­n banjir.

“Saya rasa semalam (kelmarin) mereka (pemancing) tak sedar ada kepala air menuju ke arah mereka berikutan kawasan ini tidak berlaku hujan. Mereka mungkin terkejut dan terus dihanyutka­n arus deras tanpa sempat menyelamat­kan diri,” katanya.

Pengawal keselamata­n, Shamsul Bahari Wahab, 48, berkata, setiap kali berlaku fenomena kepala air, paras sungai akan meningkat antara lima ke enam meter.

“Bahayanya kepala air ini datang tanpa kita sedar. Penduduk di sini tak berani memancing di situ kerana menyedari ancaman itu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Azmi Osman berkata, ketinggian paras Sungai Gasi setiap kali kepala air berlaku boleh meningkat hingga tujuh meter.

“Sungai ini laluan ke laut, arus deras yang dikenali sebagai kepala air memang berbahaya kepada orang ramai berlaku secara tiba-tiba. Kadangkala tanpa tanda,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia